Jeti Memancing Kg. Kuala Lukut, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jeti Tradisional Kampung Kuala Lukut.


Terletak di suatu lokasi yang agak terpencil walaupun mudah di akses iatu di Kampung Kuala Lukut, Port Dickson. Lokasi ini juga tidak jauh dari pekan Sepang dan bersebelahan sahaja dengan pekan Port Dickson. Cuma dipisahkan oleh Sungai Lukut Besar.

Lokasi memancing ini adalah di Kuala Sungai yang berhampiran dengan laut. Berada berhampiran dengan kawasan Hutan Paya Bakau. Semestinya kawasan yang agak damai dengan pemandangan sungai dan laut yang cantik di sini.

Lokasinya juga tidak jauh dari Jeti Memancing Mamod yang boleh dilihat dari sini. Tetapi laluan jalan raya terus ditutup dan anda perlu mengikut jalan luar untuk ke Jeti Kelong Mamod.

Suasana di sini memang tenang kerana berada di dalam kawasan perkampungan yang jauh dari kebisingan bandar dan jalan raya. Bayaran RM3 akan dikenakan kepada pengunjung yang ingin memancing dan jeti ini adalah di bawah pengurusan pihak Koperasi Pelancongan Pelandok 2020 Berhad.



Kemudahan & Bayaran


Jeti ini boleh dianggap Jeti Tradisional dengan binaan kayu dan daripada pokok. Jeti ini dibina kukuh dan kuat walaupun ia mungkin tidak begitu luas atau tidak memanjang ke hadapan. Jika hujan atau panas, masih terdapat bumbung kecil untuk berlindung walaupun mungkin agak terhad jika ramai orang.

Lebih banyak kemudahan terdapat di sini seperti Kedai Makan yang hanya terletak di sebelah Jeti, Tandas, Surau dan Kawasan Parking yang lebih luas. Terdapat juga Pentas Karaoke dan Dataran kecil untuk melaksanakan aktiviti atau Majlis. Mungkin di malam hari akan ada ramai orang melepak di sini, bentang meja sambil Karaoke jika sebelum PKP dahulu.

Tidak dapat dipastikan adakah Pun Pun dijual di sini seperti yang terdapat di Jeti Mamod. Tidak ada kelihatan kedai Pun Pun dan mungkin anda perlu membawa umpan sendiri.

Tidak jauh dari lokasi ini juga kelihatan syarikat pengurusan & kejuruteraan marin, Pejabat Kastam, sebuah bengkel kecil dan kawasan kebun.

 

.

Kedai Makan hanya terletak di sebelah jeti sahaja.
.


Banyak juga bot-bot nelayan yang diletakkan di sini.
.


Terdapat juga Bot-Bot Utiliti dan Penumpang yang dimiliki oleh syarikat marin di sekitar sini.
.


.


Kawasan jeti memancing yang agak lebar walaupun tidaklah begitu besar.
.


.


Kaki-kaki pancing sedang berehat di pondok atas jeti.
.


Bayaran RM 3 dikenakan kepada setiap Pemancing.
.


Pentas Karaoke dan persembahan juga ada di sebelah jeti.
.


Kawasan Parking yang luas di sini di samping terdapat dataran untuk sebarang aktiviti dan majlis.
.



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3