Pengenalan.
Terletak
berdekatan dengan Pekan Merang di sebelah darat, dan tidak jauh dari Pulau Redang,
Terengganu. Pulau Bidong telah menyimpan seribu satu sejarah yang ramai tidak
ketahui. Tidak lama dahulu Pulau Bidong telah menempatkan begitu ramai pelarian
Vietnam & Kemboja ketika di zaman perang Vietnam pada akhir tahun 1970 an.
|
Peta lokasi Pulau Bidong. |
.
.
|
Jeti ke Pulau Bidong yang sunyi. |
.
|
Keindahan pantai di Pulau bidong yang sepi |
.
|
Keindahan pantai pulau ini dari atas bukit kecil. |
.
.
|
Kelihatan perkampungan & rumah tinggal berdekatan pantai |
.
.
Sejarah
Pada
Ogos 1978, kerajaan Malaysia dan UNHCR telah menjadikan pulau ini sebagai tapak
peralihan pelarian perang dengan 121 pelarian pertama yang datang. Mereka lari
daripada pemerintahan puak komunis di Vietnam. Dikatakan pada satu ketika, hampir
100 ribu pelarian telah menetap di sini dan mewujudkan satu komuniti yang besar
di pulau ini. Termasuk juga pelarian Kemboja yang lari daripada pemerintahan
rejim Khmer Rouge.
Tahukah
anda selepas perang berakhir pada akhir tahun 1980an, sedikit demi sedikit
warga Vietnam meninggalkan pulau ini sehinggalah ia ditutup dan tiada siapa
lagi menetap di sini pada tahun 1992. Selepas kem pelarian di pulau ini ditutup,
pelarian-pelarian ini diterima oleh negara-negara maju seperti Amerika, Australia, Kanada dan
Perancis. Mungkinkah Malaysia menerima mereka?, itu tidak diketahui. Gambar-gambar
di bawah memberikan sedikit penjelasan tentang apa yang terdapat di pulau ini
ketika itu.
Jika
dilihat di Internet & Media Sosial sekarang, ramai warga-warga Vietnam yang pernah
menetap di pulau ini pada zaman kecil mereka memberikan komen dan menceritakan
kenangan sewaktu berada di sini pada ketika itu. Penerangan mereka sedikit
sebanyak dapat menggambarkan kesukaran pada zaman perang dan ketika hidup
terpencil di pulau ini. Tetapi mereka bersyukur kerana itu lebih baik daripada
berada di medan peperangan yang agak berbahaya.
Tidak
dapat dipastikan samaada tinggalan bangunan ini masih ada atau telah dirobohkan
kerana gambar-gambar ini diambil pada tahun 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun,
gambar-gambar ini sedikit sebanyak telah memberikan keadaan atau suasana kehidupan komuniti
Vietnam di sini. Dikatakan UMT (Universiti Malaysia Terengganu) menjadikan
pulau ini sebagai lokasi kajian marin dan kelautan. Di sebalik sejarahnya, pulau
ini berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai Pulau Pelancongan berkonsepkan
muzium dan sejarah kerana terdapat banyak monumen-monumen menarik untuk dikunjungi.
|
Runtuhan sebuah Tokong dan banyak Tokong terdapat di sini |
.
.
|
Tulisan
di papan tanda ini adalah ucapan terima kasih tak terhingga kepada
Kerajaan Malaysia terutama sekali. Tetapi siapa yang dapat membacanya
kerana terletak di tengah-tengah pulau? |
.
|
Tidak diketahui apakah yang tertulis kerana dalam bahasa Vietnam |
.
|
Perigi tinggal |
.
|
Komen-komen dari warga Vietnam yang pernah menetap di sini ketika zaman kanak-kanak mereka dahulu.
|
.
.
|
Terdapat bangkai kereta lama berada di sini. Tidak diketahui siapa pemiliknya |
.
|
Runtuhan rumah-rumah di kawasan perkampungan pelarian |
.
|
Binaan seperi pentas tinggi yang terdapat patung di atasnya. Mungkin tempat sembahyang mereka. |
.
|
Mungkin patung untuk sembahyang |
.
.
|
Tidak dapat dipastikan apakah yang tertulis kerana dalam bahasa Vietnam |
.
|
Tangki air tawar untuk kegunaan penduduk ketika dahulu |
.
Comments
Post a Comment