Tempat-Tempat Menarik Di Negeri Perak (Mengikut Daerah).

 


Perak merupakan negari yang agak besar juga dimana bahagian utaranya bersempadanan dengan Thailand. Dikelilingi oleh Negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Perak adalah negeri keempat terbesar di Malaysia dan sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti negeri besar yang lain. Dahulunya, Perak adalah negeri yang sangat kaya dengan Bijih Timah. Ini menyebabkan terhasilnya banyak orang kaya raya dan industri perlombongan yang besar. Situasi ini turut menyebabkan wujudnya kepelbagaian bangsa di Perak.


Ipoh yang merupakan Ibu Negeri Perak memang mendapat namanya dari sebuah pokok yang mempunyai getah beracun. Tetapi, Ipoh lebih terkenal sebagai sebuah pusat perlobongan bijih timah yang besar berpuluh-puluh tahun yang lalu sebelum semuanya telah kehabisan. Kini Ipoh lebih merupakan kawasan industri selain menjadi lokasi bersejarah untuk lawatan pelancong.


Daerah-Daerah di Perak Dan Tempat Menarik:

 

1. Daerah Hulu Perak (Pekan : Gerik)

-Gua Gendang, Pengkalan Hulu, Hulu Perak 
(Kategori : REKRIASI GUA)
 
-Taman Inai (Henna Garden), pekan Grik. (Taman Kecil)
(Kategori : REKRIASI)
 
-Taman Tanduk Rusa, pekan Grik (Taman Kecil)
(Kategori : REKRIASI)
 
-Lata Batu Hampar, Kg. Batu Hampar (30KM dari pekan Grik - Tidak pasti mana lokasi menarik) (Kategori : REKRIASI)
 
-Pulau Tali Kail, Tasik Banding (tidak jauh dari Pulau Banding dalam Hutan Simpan Belum) (Kategori : Rekriasi)
 
-Air Beruk, Kampung Padang Stang (15KM dari pekan Grik) (Lokasi sebenar tidak diketahui) (Kategori : Rekriasi)
 
-Taman Eko-Rimba Lata Kekabu, Kg. Kota Tampan, Lenggong, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, 9KM dari pekan Lenggong & 25KM dari Bandar Kuala Kangsar & 70KM dari pekan Gerik. (Kategori : Rekriasi Alam)
 
-Lata Ulu Lawin, dan 1KM dari pekan kecil Lawin & 27KM dari pekan Gerik (Kategori : Rekriasi)
 
-DATARAN KUALA RUI, Kg Kuala Rui, Lebuhraya Timur-Barat (15 km dari pekan Gerik) (Kategori : REKRIASI SUNGAI & MEMANCING)  
 
-Lata Kulim, di belakang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik, 15KM dari pekan Gerik, 2KM dari Lebuhraya Gerik-Lenggong/Kuala Kangsar 
(Kategori : Rekriasi)
 
-Lata Pinang, Jalan Gerik-Kupang/Baling (lokasi tidak dapat dikesan)
 
-Pulau Banding (Pintu Masuk ke Tasik Temenggor & Royal Belum) Lebuhraya Timur-Barat, 50KM dari pekan Gerik. (Kategori : Rekriasi & Pemandangan)
 
-Dataran Pengkalan Buaya, Kg. Kuala Rui, Lebuhraya Timur-Barat (15 km dari pekan Gerik) (Kategori : REKRIASI SUNGAI & MEMANCING)
 
-Taman Raflesia, Kg. Bongor, Bersia (23KM dari pekan Gerik) (perlu trekking sejam untuk sampai ke lokasi) (Kategori : REKRIASI ALAM)
 
-Empangan Pong (Pong Power Station R.H.T), Kg. Pong, Jalan Gerik-Kupang/Baling (Tidak pasti laluan mana untuk ke sini selain melalui Kg. Pong. (35KM dari pekan Gerik) (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Hutan Diraja Belum, Terletak di utara hujung Perak. Biasanya diakses dari Jeti Pulau Banding. (Kategori : REKRIASI ALAM, SUKAN LASAK, LAWATAN, TASIK, PENDIDIKAN, KAJIAN & LAIN-LAIN)

 

 

2. Daerah Kinta (Bandar : Ipoh)
=Bandar Ipoh

-Taman Rekriasi & Tasik Gunung Lang, Jalan Damai, tengah bandar Ipoh 
(Kategori : REKRIASI)
 
-Menara Peringatan Birch, berdekatan Stesen Keretapi, tengah bandar Ipoh (Kategori : Tempat Bersejarah)

-Muzium Geologi, Jalan Sultan Azlan Shah, tengah bandar Ipoh 
(Kategori : Tempat Bersejarah)
 
-Taman Jepun, tengah bandar Ipoh (Kategori : REKRIASI)

-Bukit Mak Soorat/Gunung Matsurat, berdekatan Taman Rekriasi Gunung Lang, tengah bandar Ipoh (Kategori : REKRIASI)
 
-Muzium Negeri, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, tengah bandar Ipoh (Kategori : Tempat Bersejarah)
 
-Gua Tambun, Tambun, Timur bandar Ipoh 
(Kategori : REKRIASI)
 
-Bukit Kledang, Jalan Kledang, Barat bandar Ipoh. 
(Kategori : REKRIASI)
 
-Kellies Castle, Jalan Gopeng (6KM dari pekan Batu Gajah) 
(Kategori : Tempat Bersejarah)
 
-Kledang Saiong Forest Eco Park (Kategori : REKRIASI)
 
-Tambun Lost World, Tambun, Timur Laut bandar Ipoh 
(Kategori : Taman Tema)
 
-Stesen Keretapi Ipoh, tengah bandar Ipoh 
(Kategori : Tempat Bersejarah)


-Tanjung Tualang Kapal Korek, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah. (10KM dari pekan Batu Gajah) (Kategori : Tempat Bersejarah)
 
-Air Terjun Ulu Geruntum (Lata Merkor), Kg. Ulu Geruntum, Gopeng (10KM dari pekan Gopeng) (Kategori : REKRIASI)
 
-Pusat Rekriasi Lubuk Timah, Simpang Pulai, Jalan ke Cameron Highland (10KM dari pekan Simpang Pulai) (Kategori : REKRIASI)
 
-Ulu Kinta Forest Reserve (Taman Eko Rimba Ulu Kinta), Tg. Rambutan (12KM dari bandar Ipoh) (Kategori : REKRIASI)
 
-Taman Eko-Rimba Sungai Salu, Jeram, 35KM dari Bandaraya Ipoh & 10KM dari Pekan Gopeng. (Kategori : REKRIASI)
 
-Taman Eko-Rimba Papan, Pusing, 10KM dari Pekan Batu Gajah & 25KM dari Bandaraya Ipoh. (Kategori : REKRIASI)
 
-Gua Tempurung Outdoor Activity (Eksplorasi Gua, Camping, Water Rafting, Trekking dan lain-lain), 8KM dari pekan Gopeng 
(Kategori : REKRIASI, SUKAN, LAWATAN, DAN LAIN-LAIN)
 

 

3. Dinding (Kini Manjung) (Pekan : Manjung)

-Pekan Perlancongan Lumut & Waterfront (Taman Esplanade - Kapal KD Rahmat) (Kategori : REKRIASI & LAWATAN)
 
-Terminal Jeti Lumut, pekan Lumut 
(Kategori : PEMANDANGAN & LAWATAN)
 
-Taman Awam Lumut Water Front (Taman Awam Lumut Water Front terletak di persisiran muara sungai Dinding dan bersebelahan dengan "Lumut Yacht Club".), pekan Lumut.  (Kategori : REKRIASI)

-Bukit Engku Busu (331m), pekan Lumut 
(Kategori : SUKAN LASAK)

-Taman Paya Bakau, Lumut/Manjung (Terletak di antara jalan Ipoh – Lumut, lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut.) (Kategori : REKRIASI ALAM)
 
-Pantai Teluk Batik, Lumut (10KM dari pekan Lumut) 
(Kategori : REKRIASI PANTAI)

-Kompleks Pulau Marina (Jeti, Resort, Hotel, Dataran, Kedai dan lain-lain), 8KM dari pekan Lumut 
(Kategori : REKRIASI, PEMANDANGAN, LAWATAN & MEMBELI BELAH)

-Mukim Pulau Pangkor (Diakses dari Jeti Pekan Lumut Atau Jeti Pulau Marina)
(Kategori : REKRIASI PULAU, PANTAI, MEMBELI BELAH & LAIN-LAIN)
 -Teluk Dalam, Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor.
 -Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor
 Pangkor Laut, Pulau Pangkor
 Pantai Puteri Dewi, Pulau Pangkor
 Pantai Pasir Giam
 -Pantai Pasir Bogak
 -Foo Ling Kong, Terletak di kaki bukit di Kampung Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor. (5 minit daripada jeti sungai Pinang Kecil)
 -Dutch Ford Pulau Pangkor (Kota Belanda)
-Bukit Pangkor
-Kg Teluk Gedung
-Teluk Penyu
-Kg Sungai Pinang Besar
-Pekan Pangkor
-Galeri Pangkor
 
-Pulau Sembilan (Kategori : REKRIASI PULAU)
Terletak sejauh 10BN dari Pulau Pangkor. Di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock.


-Muzium Sitiawan (Sitiawan Settlement Museum), Jalan Lin Chen Mei, Kg. Koh, (8KM dari pekan Manjung & 2KM dari pekan Sitiawan) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Damai Laut (Swiss Garden), Segari (Swiss-Garden Resort & Spa Damai Laut terletak kira-kira 30 km dari Pekan Lumut)
(Kategori : RESORT, MAKANAN & REKRIASI PANTAI)
 
-Pantai Teluk Senangin (Teluk Senangin terletak 30KM dari Pekan Sitiawan)
(Kategori : REKRIASI PANTAI)
 
-Segari Turtle Sanctuary, Pantai Pasir Panjang, Segari (45KM dari pekan Manjung) (Kategori : MINI ZOO)

-Pantai Pasir Panjang, Segari (Pantai Pasir Panjang terletak 2KM dari Pekan Segari dan 5KM dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis.) (45KM dari pekan Manjung) (Kategori : REKRIASI PANTAI)

-Taman Eko-Rimba Pasir Panjang, 7KM dari Pekan Segari dalam Daerah Manjung melalui Jalan Lumut-Pantai Remis. (Kategori : REKRIASI)

-Air Terjun Trong (Taman Rekriasi Pecah Batu Terong - Gunung Bubu), Jalan Kuala Trong, Terong (90KM dari pekan Manjung) (Kategori : REKRIASI)

>Air Terjun Ulu Licin, Beruas (Terletak lebih kurang 10 kilometer dari pekan Beruas & 70KM dari pekan Manjung) dalam  Hutan Simpan Kledang Saiong (Kategori : REKRIASI)

-Beruas Muzium, pekan Beruas. (60KM dari pekan Manjung) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH) 

 

4. Daerah Larut & Matang (Bandar : Taiping)

-Muzium Perak, Jalan Taming Sari, Bandar Taiping 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Bukit Larut/Maxwell (1036m), Taiping (13KM dari pekan Taiping) 
(Kategori : REKRIASI)
 
-Hutan Lipur Kaki Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, 1KM dari bandar Taiping (Kategori : REKRIASI)
 
-Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping, Timur bandar Taiping. 
(Kategori : ZOO)

 
-River Cruise Kuala Sepetang, pekan Kuala Sepetang (15KM dari bandar Taiping) (Kategori : REKRIASI SUNGAI)
 
-Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim (Kompleks Sejarah Matang), Kg. Hujung Matang, Matang (10 KM dari pekan Taiping) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew (Sungai Sepetang), Simpang Empat Semanggol (15KM dari pekan Taiping) (Kategori : REKRIASI)
 
-Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kg. Kuala Sepetang, Kuala Sepetang, 15KM dari Bandar Taiping & 84KM dari Bandar Ipoh melalui Jalan Ipoh-Taiping. (Kategori : REKRIASI)
 
-Taman Eko-Rimba Sungai Nyior, Terong, 30KM dari Bandar Taiping melalui Jalan Taiping-Beruas. (LOKASI TIDAK DAPAT DIKESAN) (Kategori : REKRIASI)

 


5. Daerah Kerian (Pekan : Parit Buntar? & Bagan Serai)

-Kuala Gula Bird Sanctury, Kg. Gula, Kuala Kurau (25KM dari pekan Bagan Serai) (Kategori : LAWATAN & MINI ZOO)
*PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR (BURUNG LAUT) KUALA GULA, JABATAN PERHILITAN POS KUALA GULA
 
-Bukit Merah Laketown Resort, Kg. Kubu Gajah, Simpang Empat Semanggol (30KM dari pekan Bagan Serai) 
 (Kategori : TAMAN TEMA, HOTEL, TASIK & REKRIASI)

-Jetty To Orang Utan Island (PULAU ORANG UTAN), berdekatan Bukti Merah Laketown Resort, Kg. Kubu Gajah, Simpang Empat Semanggol (30KM dari pekan Bagan Serai) (Kategori : MINI ZOO)

-Bukit Merah Arowana Farm, Kg. Kubu Gajah, Simpang Empat Semanggol, tidak jauh dari Bukit Merah Lake Town Resort (30KM dari pekan Bagan Serai)  
(Kategori : TAMAN AGRO)

-Pantai Ban Pecah, BAN PECAH, TANJUNG PIANDANG/Kuala Kurau (20KM dari pekan Bagan Serai) (Kategori : REKRIASI PANTAI)

-GUNUNG SEMANGGOL (390m), Masjid An-Nur Kg. Bukit Semanggol, 5KM dari pekan Simpang Empat Semanggol, (22KM dari pekan Bagan Serai) 
(Kategori : SUKAN LASAK & REKRIASI)

-Masjid Tinggi, Kg. Masjid Tinggi, 4KM dari pekan Bagan Serai 
(Kategori : RUMAH IBADAT)

-TAMAN PINGGIRAN SUNGAI KERIAN FASA 01, Jalan Sungai,Kg. Permatang Tok Mamat, pekan PARIT BUNTAR.
(Kategori : REKRIASI)

 

 

6. Daerah Selama (Pekan : Selama)

-Telaga Gergasi, Padang Rejang, Kampung Bagan Baru, 15KM dari pekan Selama (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Kota Raja Bersiung, Kampung Kota Raja Bersiong, Batu Kurau (22KM dari pekan Selama) (Kategori :TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Sungai Atas Sungai, Redang Panjang, (15KM dari pekan Selama) 
(Kategori :TEMPAT BERSEJARAH & LAWATAN)
 
-Pekan Rantau Panjang (Pekan Alam Semulajadi) terletak kira-kira 3km dari pekan Selama. (Kategori : REKRIASI ALAM & LAWATAN)
Dalam mukim Rantau Panjang:
 -Lata Damak, Sungai Damak, Rantau Panjang (15KM dari pekan Selama) 
(Kategori : REKRIASI ALAM)
 -Lata Mengkuang (tidak dapat dikesan lokasi) (Kategori : REKRIASI ALAM)
 -Lata Panggung, Batu Kurau (23KM dari pekan Selama) 
(Kategori : REKRIASI ALAM)
 -Lata Rambung, Sungai Selama, Kg. Sungai Siputeh (21KM dari pekan Selama) (Kategori : REKRIASI ALAM)
 -Lata Tebing Tinggi (12KM dari pekan Selama) (Kategori : REKRIASI ALAM)
 
-Nature Eco Adventure & Selama River Cruise Rafting, Jambatan Gantung, Rantau Panjang (20KM dari pekan Selama) (Kategori : REKRIASI ALAM)
 
 
 
 
 
 7. Daerah Kuala Kangsar (Bandar : Kuala Kangsar)
 
-Masjid Diraja Ubudiah, Jalan Istana, Bukit Chandan, Bandar Kuala Kangsar (tidak jauh dari Makam Diraja) (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Istana Kenangan/Istana Kuning (Kini Muzium Diraja Kuala Kangsar), Jalan Istana, Bukit Chandan, Bandar Kuala Kangsar (tidak jauh dari Istana Iskandariah) (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Galeri Sultan Azlan Shah, Jalan Istana, Bukit Chandan, bandar Kuala Kangsar (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Jalan Tun Razak, Bandar Kuala Kangsar (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Menara Pavilion (Pavillion Tower), Jalan Bendahara, Taman Mawar, pekan Kuala Kangsar (berdekatan MCKK & Masjid Ridzwaniah) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Pokok Getah Pertama (tertua), Jalan Raja Chulan, Kg. Penaga, pekan Kuala Kangsar (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Jam Besar Kuala Kangsar (Clock Tower Commemorate Of Coronation Og King George VI), Kg. Penaga, di tengah bulatan pekan Kuala Kangsar 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-PESAWAT PEJUANG DATARAN PUTRA, Bandar Baru, pekan Kuala Kangsar (tidak jauh bulatan pekan Kuala Kangsar & Jam Besar) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
 
-Victoria Bridge, Kg. Kapor, Enggor (12KM dari pekan Kuala Kangsar) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)
 
-Hutan Lipur Ulu Kenas (Gunung Bubu), Kg. Ulu Kenas, Jalan Kuala Kangsar-Manong (17KM dari pekan Kuala Kangsar) (Kategori : REKRIASI)
 



8. Daerah Batang Padang (Pekan : Tapah & Tanjung Malim)

-Hutan Lipur Sungai Salu, Jeram (Gunung Bujang Melaka?) (12KM dari pekan Kampar) (Kategori : REKRIASI)
 
-Sahom Valley Resort - Farmstay, Agro & Eco Park, Kamping Mendok (20KM dari pekan Kampar) (Kategori : TAMAN AGRO & REKRIASI)
 
-Taman Eko-Rimba (Air Terjun) Lata Kinjang, Kg. Kinjang, Chenderiang. 15KM dari Pekan Tapah & 45KM dari Bandar Ipoh. (Kategori : REKRIASI)
 
-Taman Eko-Rimba (Air Terjun) Lata Iskandar, Batu 14, Jalan Tapah ke Cameron Highlands, 15KM dari Pekan Tapah & 85KM dari Bandar Ipoh melalui Jalan Tapah-Brinchang-Bluevalley.  (Kategori : REKRIASI)
 
-Taman Eko-Rimba (
Hutan Rekreasi) Kuala Woh, Kg. Batu Tujoh, Tapah. (13KM dari pekan Tapah & 72KM dari Bandar Ipoh) (Kategori : REKRIASI)
 
-Lata Sungai Bil, Kg. Sungai Bil, 15KM dari pekan Slim River 
(Kategori : REKRIASI)
 
-Kelab Golf Batang Padang (Batang Padang Golf CLub), Jalan Lapangan Terbang Bidor, Batu 43 1/2 Bidor, 5KM dari pekan Tapah, 72KM dari bandar Ipoh 
(Kategori : SUKAN)

-Kolam Air Panas Ulu Slim (Hot Springs Ulu Slim), Kg. Ulu Slim, 20KM dari pekan Slim River, 50KM dari pekan Tapah. (Kategori : REKRIASI)

-Lubuk Degong, 7 km dari Pekan Bidor (Kategori : REKRIASI)

-Kolam Air Panas Sungai Klah (Hot Springs Sungai Klah), berdekatan Felda Sungai Klah, 12KM dari pekan Sungkai, 40KM dari pekan Tapah. 
(Kategori : REKRIASI)
 
 
 
 
 
 
9. Daerah Hilir Perak (Pekan : Teluk Intan)
 
-Menara Condong Teluk Intan, pekan Teluk Intan. 
(Kategori : MONUMEN BERSEJARAH)
 
-Pulau Bangau & Kelip-Kelip (dinaiki dari Firefly Marvels Jetty No. 1), Jalan Weng Kah Jooi (tidak jauh dari Menara Condong), pekan Teluk Intan 
(Kategori : RERIASI)
 
-Dataran JPS Sungai Perak (tidak jauh dari Jetty Riverside), Jalan Bandar, pekan Teluk Intan (Kategori : PEMANDANGAN)

-Bot Penambang Sungai Perak (River Cruise), Jalan Weng Kah Jooi (tidak jauh dari Menara Condong), pekan Teluk Intan (Kategori : REKRIASI)
 
-Jelapang Padi Sungai Manik & Homestay Maju Manik, Kg. Kuala Sungai Manik. (8KM dari pekan Teluk Intan) 
(Kategori : TAMAN AGRO, REKRIASI, HOMESTAY & BUDAYA)

 
-Ladang MOCCIS Sdn. Bhd. (LMSB), Bukit Changkat Jong (15KM dari pekan Teluk Intan) (Kategori : TAMAN AGRO, REKRIASI, FARMSTAY & MINI ZOO)
 
-Taman Eko-Rimba Kuala Woh, Kg. Batu Tujoh, Tapah. (13KM dari pekan Tapah & 72KM dari Bandar Ipoh) (Kategori : REKRIASI)
 
-TAPAK WARISAN TELUK INTAN (Peristiwa pelanggaran seekor gajah jantan dengan sebuah keretapi di Landasan Keretapi Sungai Kerawai) Lokasi sebenar tidak diketahui? (13KM dari pekan Teluk Intan) 
(Kategori : TEMPAT BERSEJARAH) 

 

 

10=Perak Tengah (Pekan : Parit)

-Pekan Klasik Parit & Bota

 

 

*Maklumat lanjut akan menyusul nanti

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3