Bukit Chin Chin, Genting Highland, Sempadan Pahang/Selangor.


Papan Tanda di Pagar Masuk ke Bukit Chin Chin.

.

Nama Bukit Chin Chin mungkin ada banyak lokasinya di Malaysia. Tetapi Bukit Chin Chin di sini adalah terletak di Genting Highland, Pahang. Lebih tepat lagi lokasinya di sempadan daerah Bentong, Pahang dan Selangor.

Bukit Chin Chin sebenarnya adalah Kawasan Larangan dan tidak dibenarkan masuk kepada orang awam. Namun ada kalanya pada waktu-waktu tertentu orang awam dibenarkan masuk sekejap untuk beriadah.

Lokasi ini mudah di akses dari Genting Highland dan terletak berdekatan dengan Hostel pekerja.


Pagar masuk ke Bukit Chin Chin.

.


Jalan permulaan menuju ke Bukit Chin Chin.

.


Perjalanan dari pagar masuk (Gate) hingga ke hujung melebihi 1 KM.

.

Apakah yang terdapat di Bukit Chin Chin? Bukit Chin Chin agak luas kawasannya dimana jarak (jalan raya) dari pintu pagar masuk hingga ke hujung iaitu Stesen Radar adalah melebihi 1 KM. Sepanjang laluan, terdapat menara pemancar Telekom, Maxis, pemancar Television dan beberapa lagi. Hujung sekali semestinya adalah Stesen Radar milik DCA atau Jabatan Penerbangan Awam.

Tarikan utama Bukit Chin Chin adalah pemandangan yang indah di sekitarnya di samping jalan kecil ini sesuai untuk menjalankan aktiviti riadah seperti berjoging dan berjalan kaki.

 


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang