Mengembara Menaiki Rumah Bot Di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu

 











Mengembara dan memancing di rumah bot semestinya mejadi kegemaran kepada kaki pancing pada masa2 cuti panjang. Tasik Kenyir adalah tasik buatan yang luas di mana anda berpeluang untuk mengembara ke banyak lokasi lubuk2 memancing yang menarik. Anda akan mendapat masa tersendiri untuk memancing tanpa gangguan dari kesibukan kota atau bunyi bising jentera2 dan kenderaan2.

Terdapat beberapa pintu masukke tasik ini dan dua antaranya ialah di Pengkalan Gawi atau di empangan hidroelektrik Jenagor di Hulu Terengganu.Mungkin terdapat laluan lain tetapi dua ini yang paling popular.Kami berpeluang untuk mengembara menaiki rumah bot melalui Empangan Jenagor. Lihat gambar2 di bawah:

Terdapat banyak lokasi2 menarik di sepanjang Tasik Kenyir antaranya adalah pulau2, Gua, hutan lipur dan air terjun. Terdapat hutan lipur yang hanya boleh diakses dengan bot sahaja dan tiada kemudahan jalan raya. Kami berkesempatan melawat ke Air Terjun Sungai Lasir.

Tasik Kenyir adalah luas sehingga anda tidak mugkin boleh melawati semua tempat dalam masa dua tiga hari sahaja. Anda mungkin memerlukan lebih daripada seminggu untuk melawat kesemua tempat. Lihat peta di bawah untuk mengetahui betapa besarnya tasik ini. Tasik ini juga besambung dengan Taman Negara di Pahang.

Anda juga tidak harus keliru dengan satu lagi Tasik besar dan popular di semenanjung Malaysia iaitu Tasik Temenggor di Perak. Jika anda kaki pancing, jangan lepaskan peluang mengambara dengan rumah bot ini untuk satu pengalaman yang mengasyikkan. Jika anda bukan kaki pancing tidak apa, anda patut merasa sekurang2 sekali seumur hidup pengalaman ini kerana anda masih boleh melawat tempat2 menarik lain di sekitar Tasik Kenyir.

 
  






Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang