Stesen Keretapi (KTMB) Bersejarah Tanjung Pagar, Singapura

 


Malaysia suatu ketika mempunyai pajakan tanah keretapi (KTMB) di Singapura sehingga menghampiri ke selatan Singapura iaitu Tanjung Pagar (atau dikenali dengan Stesen Singapura). Benar, Tanjung Pagar adalah perhentian keretapi terakhir di semenanjung Malaysia selepas stesen Woodlands. Tetapi sejak Julai 2011, stesen ini telah dihentikan operasi sehingga ke Woodland sahaja.

Apa yang menarik tantang stesen ini suatu ketika dahulu ia merupakan destinasi terakhir keretapi di benua Asia!!. Ramai rakyat Malaysia gemar menggunakan keretapi untuk melancong ke Singapura terutama sebelum tahun 2010, begitu juga dengan rakyat Singapura. Malah, terdapat perjalanan keretapi dari Singapura ke Bangkok suatu ketika dahulu. Tetapi dengan kemajuan lebuh raya dan industri penerbangan semenjak tahun 2010, penggunaan keretapi semakin suram. Tambahan pula sistem keretapi KTMB masih menggunakan kaedah lama yang mungkin tidak lagi relevan.  

Gambar2 di bawah menerangkan tentang keindahan stesen keretapi Tanjung Pagar ini.Diambil pada tahun 2011, stesen keretapi Tanjung Pagar satu ketika dahulu merupakan salah satu pintu masuk untuk pelancongan Negara. Mungkin kepada generasi2 muda yang tidak pernah memasuki stesen ini bolehla melihatnya. 

Mungin ramai yang sedih apabila stesen keretapi ini ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya pada 2011 tetapi pihak kerajaan mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Apapun, stesen ini bukan lagi milik KTMB dan segalanya hanya tinggal kenangan.

Ketika ini stesen ini sendang diubahsuai. Mungkinkah stesen ini akan dibangunkan sebagai sebuah muzium di Singapura? Itu akan diketahui nanti.

















































Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang