Kawasan Rekriasi Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang

Hentian Rekriasi Sungai Yu, Kampung Sungai Yu, Jalan Kuala Lipis - Gua Musang, Pahang


Pengenalan.

Mungkin bukanlah sebuah Kawasan Rekriasi yang popular, tetapi suatu ketika dahulu ianya pernah menjadi persinggahan pengunjung terutama pada musim perayaan. Terletak di tepi jalan antara Kuala Lipis ke Gua Musang, Kawasan Rekriasi Sungai Yu kini sudah semakin sunyi sepi dan tidak lagi menjadi pilihan pengunjung. Kunjungan pada Jan 2020 yang lalu melihatkan kawasan ini sudah tidak lagi dijaga dan ditinggalkan.

Mungkin sejak terbinanya jalan baru (Highway) dari Kuala Lipis ke Merapoh (sejak 2013), populariti Kawasan Rekriasi ini semakin suram kerana tidak ramai pengunjung akan memilih untuk singgah berhenti seperti dahulu. Walaupun masih terdapat simpang khas untuk ke sini, pemandu kelihatan lebih gemar meneruskan perjalanan kerana mungkin agak leceh untuk masuk ke sini. 

Sebelum jalan baru di bina, laluan jalan lama (Merapoh - Kecau atau dikenali juga laluan Bukit Tujuh) adalah laluan asal yang digunakan. Kawasan Rekriasi ini betul2 berada di tepi jalan dan ada jambatan kecil akan melintasi Sungai Yu. Pengunjung yang kebiasaannya dalam perjalanan dari/ke Kelantan - Kuala Lumpur akan singgah sebentar di sini untuk berehat.


Papan Tanda yang sudah pudar.



Kelihatan Kawasan Rekriasi ini di bawah Jabatan Pengairan & Saliran.



Sekali lihat sahaja sudah tahu yang Kawasan Rekriasi ini kelihatan usang dan tidak terjaga.




Kemudahan2 Yang Sudah Rosak.

Terdapat kemudahan yang terdapat di Kawasan Rekriasi Sungai Yu yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Contohnya seperti tandas yang kelihatan kotor dan tersumbat. Terdapat juga kemudahan2 yang boleh digunakan tetapi agak kotor seperti Parking Kenderaan, Kedai Mini, Surau, Pondok Rehat dan Bilik Persalinan. Bekalan air juga sudah dipotong kerana mungkin kekurangan pengunjung atau tiada penyelenggaraan. Sampah sarap juga kelihatan bertaburan di sana sini.


Tandas yang sudah rosak dan tidak lagi boleh digunakan.






Surau juga kelihatan kotor dan tidak terjaga



Kedai mini yang tidak lagi digunakan.



Pondok2 rehat lama yang kelihatan sudah usang dan bersepah.



Sampah dan bersepah. Ini perkara biasa yang terdapat di mana2 kawasan rekriasi sekitar Malaysia.



Tangga laluan ke sungai dan tapak perkhemahan.




Sungai Dan Tapak Perkhemahan.

Tarikan utama di Kawasan Rekriasi ini pastinya aliran air Sungai Yu yang jernih dan sejuk. Selain berkhelah di tepi sungai dan memasak, aktiviti bermandi manda air sungai antara yang kerap dilakukan suatu ketika dahulu.






Jambatan menuju ke lokasi perkhelahan



Sungai ini tempat bermandi manda suatu ketika dahulu dilihat masih bersih.



Jambatan lagenda ini merupakan laluan utama ke Kelantan suatu ketika dahulu.



Masih terdapat pondok2 yang cantik dan ada yang dijadikan surau.



Pondok2 untuk aktiviti berkhelah dan memasak.











Tapak perkhemahan kelihatan masih elok walaupun bersepah.



Sungai yang mengalir masih lagi jernih dan bersih.


Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang