Tugu Peringatan Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan.
Terletak bersebelahan dengan Felda Sungai Lui di daerah Jempol, Negeri Sembilan dan tidak jauh dari sempadan Pahang (pekan Kemayan hanya 5 KM). Anda perlu melalui jalan Bahau - Kemayan untuk melihat memorial ini.
Memorial kecil dan sunyi ini jarang dilihat atau disinggah oleh sesiapa kerana tidak siapa mahu mengetahuinya. Di sebalik kesunyian itu sebenarnya terdapat kisah di zaman perang dunia kedua disemadikan disini. Ia mengisahkan tentang
pembunuhan beramai2 oleh tentera Jepun ketika Jepun mula2 memasuki Malaya dahulu. Lebih 700 orang yang kebanyakannya orang Cina tidak bersalah telah dibunuh kejam.
Tugu Peringatan yang sunyi di sebalik ladang sawit |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah persitiwa yang berlaku di sebalik memorial ini, anda bacalah sendiri galeri di bawah kerana ceritanya mungkin terlalu sedih untuk ditulis di sini. Silakan membaca...
Comments
Post a Comment