Eksplorasi
Asas Taman Negara Kuala Tahan (Rentis Bukit Teresik)
Anda sudah mengetahui serba ringkas tentang
Taman Negara hasil bacaan dan gambar tetapi tidak cukup sekiranya anda tidak
merasa sendiri pengalaman merentis satu kawasan kecil dalam Taman Negara. Untuk
memahami dan mengenali Taman Negara dengan lebih lagi, anda boleh melakukan
aktiviti rentis Bukit Teresik yang mengambil masa antara 4 ke 5 jam dengan
jarak perjalanan hampir 5 KM. Anda akan berpengalaman untuk melihat beberapa
aktiviti asas di Taman Negara walaupun sekadar merentis laluan yang kecil
sahaja.
Ekspedisi rentis Bukit Teresik ini bagus
dilakukan dengan bantuan Jurupandu jika anda masih baru atau belum berkeyakinan
dalam aktiviti lasak ini. Jika anda sudah biasa dan mahir, anda boleh mengembara
sendiri tetapi tidak boleh melebihi had yang ditetapkan oleh renjer hutan.
Terdapat lokasi yang memerlukan Jurupandu hutan seperti lokasi yang jauh.
Pastikan segala peraturan2 hutan dipatuhi.
Ayuh kita mulakan penjelahan ringkas ini
dengan bermula dari trek melalui Mutiara Resort dan menuju ke laluan Bukit
Teresik/Titian Konopi. Anda akan melewati kolam ikan kelah dan surau sebelum
itu. Lihat gambar2 di bawah:
Memasuki laluan trek khas dari Mutiara Resort
|
Laluan permulaan memasuki hutan dari Mutiara Resort (Laluan Bukit Teresik/Titian Konopi). Trek laluan khas telah tersedia. |
|
Banyak papan tanda bacaan di sepanjang laluan hutan. |
|
Pemasangan trek laluan khas ini memudahkan pengembaraan kerana lebih selesa dan tinggi. |
Trek bulatan paya (jika mahu lalu)
|
Simpang untuk memasuki Bulatan Paya sebelah kira jika anda mahu. Terus jika tidak mahu singgah. |
|
Trek Bulatan Paya membawa anda ke kawasan berpaya dengan keadaan tanah sedikit lembap. |
|
Gergasi Hutan. |
Melawat Bumbun Tahan (paling dekat)
|
Melawat Bumbun Tahan. Simpang untuk ke Bumbun Tahan sebelah kiri dan sebelah kanan kembali ke Mutiara Resort. |
|
Bumbun Tahan paling dekat dengan Mutiara Resort. Setinggi dua tingkat. |
|
Maksud Bumbun Tahan. |
|
Jenut. |
|
Suasana santai di dalam Bumbun Tahan aras dua. |
|
Pemandangan padang ragut dari Bumbun Tahan |
|
Simpang ke Bumbun Tahan tadi, terdapat papan tanda lama dan baru. Pastikan anda tidak keliru. Teruskan perjalanan ke Titian Konopi. |
Melawat Pokok Besar
|
Dalam perjalanan menuju ke Titian Konopi, terdapat beberapa lokasi pondok rehat untuk disinggah. |
|
Terdapat beberapa denai dan simpang tetapi teruskan perjalanan menuju ke Titian Konopi/Bukit Teresik |
|
Antara pokok besar terdapat di sini adalah Pokok Mengkundur. |
|
Penerangan Pokok Mengkundur. |
Menuju ke Jeti & Laluan Konopi
|
Terdapat jalan pintas ke Titian Konopi/Bukit Teresik juga masuk kiri. Tetapi laluan terus dipilih untuk pengembaraan lebih menarik. |
|
Sampai di simpang ini, lihat dahulu jeti dan sungai Tembeling di hadapan. |
Melawat Jeti & Sungai Tembeling (jika mahu)
|
Kawasan rehat untuk ke Jeti Konopi dan ke Titian Konopi. |
|
Turun ke bawah ada terdapat Jeti Kecil dan sungai ini adalah Sungai Tembeling. |
Kemudahan Tandas (jika mahu singgah)
|
Persimpangan untuk menuju ke Titian Konopi dan Tandas Awam. |
|
Tandas awam tidak jauh dari simpang tadi |
|
Jalan kehadapan selepas tandas awam adalah jalan denai/mati. Bukan laluan Utama. |
|
Peraturan2 menaiki Titian Konopi |
Menuju ke Bukit Teresik
|
Ikut papan tanda, tidak jauh dari Titian Konopi akan ada laluan naik tangga menuju ke Bukit Teresik. |
|
Simpang ke Bukit Teresik atau ke Jenut Muda yang akan kita lalui selepas tamat ke Bukit Teresik nanti. Teruskan ke Bukit Teresik dahulu. |
Lokasi Pemandangan Pertama
|
Kira2 500 meter dari Bukit Teresik terdapat lokasi pemandangan yang menarik. |
|
Singgah dahulu ke lokasi pemandangan menarik ini yang terletak 500 meter dari puncak bukit. |
|
Pandangan indah dari lokasi pertama. |
Puncak Bukit Teresik
|
Puncak Bukit Teresik yang redup dan dikelilingi pohon2 rendang.
|
|
Pemandangan indah hutan belantara dari puncak Bukit Teresik.
|
|
Dari puncak Bukit Teresik terdapat satu lagi laluan denai tetapi laluan ini agak jauh. |
Kembali Ke jalan simpang Bukit Teresik/Laluan Konopi
|
Simpang ke Bukit Teresik atau ke Jenut Muda yang sudah kita lalui tadi. Masuk ke Laluan Jenut Muda/Lubuk Simpon. |
Merentas hutan/denai jauh menuju ke Permulaan
trek Gunung Tahan
|
Laluan kali ini adalah denai hutan yang sedikit jauh. |
|
Teruskan perjalanan melalui denai ini walaupun kelihatan seperti anda salah jalan. |
|
Menemui semula laluan trek khas. |
|
Terdapat bebarapa laluan trek yang sudah rosak. |
Melawat Jenut Muda (tidak diketahui)
|
Terdapat beberapa simpang dan denai disepanjang jalan tetapi tidak diketahu mana satu untuk ke Jenut Muda. Oleh itu, teruskan laluan anda ke Lubuk Simpon. |
|
Terdapat trek laluan denai ke Bumbun Tabing tetapi kita tidak akan melawatnya. |
|
Simpang tiga ini memisahkan antara trek ke Bukit Teresik, Gunung Tahan dan ke Resort. Anda boleh melawat sedikit trek ke Gunung Tahan dan kembali ke Lubok Simpon/Resort. |
Melawat trek permulaan mendaki Gunung Tahan
(pilihan)
|
Simpang laluan denai permulaan untuk mendaki Gunung Tahan dari sini. Boleh meretas hutan jangka pendek. Kemudian kembali ke Lubuk Simpon. |
|
Papan Tanda simpang menuju ke Lubuk Simpon |
|
Turun ke Lubuk Simpon atau merupakan aliran Sungai Tahan |
|
Lubuk Simpon tempat untuk berenang dan bermandi manda. |
|
Lubuk Simpon |
|
Terdapat Pondok Rehat dan Papan Tanda bacaan di Lubuk Simpon dan tempat berkhelah. |
|
Lubuk simpon adalah lokasi bermandi manda air sungai segar tetapi anda mesti ikut peraturan ditetapkan. |
|
Peraturan dan larangan di Lubuk Simpon. |
Kembali ke Mutiara Resort & Pejabat Perhilitan
|
Laluan jurang paya dan tangga yang menarik. |
|
Papan Tanda Sempadan Mutiara Resort & Taman Negara (walaupun sebenarnya dalam lokasi yang sama). |
|
Sedikit bahan bacaan. |
|
Terus menuju ke Mutiara Resort melalui kawasan perkhemahan ini. |
|
Peraturan untuk sesiapa yang ingin berkhelah di Taman Negara |
Kembali ke Pejabat Renjer
Jika anda Berjaya melaksanakan pusingan
ringkas ini, sekurang2nya anda telah melakukan bebarapa aktiviti penting di Taman
Negara Kuala Tahan walaupun banyak lagi yang tidak dijelajahi. Antara aktiviti2
yang Berjaya dijalankan tadi adalah.
-Merentis hutan melalui trek khas sambil
memerhatikan flora dan fauna.
-Membaca segala maklumat asas tentang hutan
hujan
-Melihat sendiri model bumbun tahan terdekat
-Melihat pokok besar
-Melawat sungai & jeti (pilihan anda)
-Menaiki titian konopi (pilihan anda)
-Mendaki bukit Teresik
-Melihat dan merasa trek permulaan rentis
Gunung Tahan.
-Melawat dan bermandi mandi di Lubok Simpon.
-Melawat Pejabat Perhilitan dan lain2 lagi.
Comments
Post a Comment