Menjelah Stesen Keretapi Lama dari Bahau ke Kuala Lipis. KTM Kemayan Ke Kuala Lipis.

Pengenalan

Sektor laluan keretapi pantai timur (tengah) dari Gemas ke Kuala Lipis sudah semakin kurang digunakan kecuali sebagai laluan untuk ke Kelantan. Perkhidmatan shuttle (henti2) Gemas ke Kuala Lipis telah ditamatkan dan stesen2 kecil juga telah dilupuskan. Malah, hanya sebuah tren ulang alik melalui laluan ini iaitu Expres Timuran. Bayangkan laluan yang sebegini panjang hanya dilalui oleh sebuah tren tetapi apakan daya kerana tiada permintaan. Jika sebelum ini, Ekspress Wau (KL-Tumpat), Ekspress Timuran (JB Singapura) dan Shuttle (Gemas – Kuala Lipis) akan melalui laluan ini, tetapi kini hanya tinggal Ekspress Timuran sahaja.


Keadaan ini sebenarnya berlaku sejak banjir besar melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang pada tahun 2014 yang menyebabkan KTMB menangguhkan perkhidmatan banyak sektor yang rosak. Selepas banjir, proses membaikpulih mengambil masa yang agak lama iaitu bertahun juga. Kemudian, hanya Ekspress Timuran sahaja beroperasi dan tren henti2 (shuttle) di Kelantan. Lagi satu sebab adalah kerana projek keretapi elektrik antara Gemas ke Seremban telah siap. Tren diesel tidak lagi mahu digunakan di stesen yang ada tiang kabel elektrik. ETS (Tren Elektrik) telah menggantikan gerabak diesel.


Terdapat beberapa stesen yang akan terus beroperasi dan beberapa stesen kecil dan pondok yang telah dirobohkan kerana tidak lagi digunakan. Sejak perkhidmatan shuttle telah ditamatkan, tiada sebab lagi untuk stesen kecil ini dipelihara tambahan pula projek landasan berkembar belum dimulakan di sektor ini. Stesen2 besar yang masih beroperasi adalah: Bahau (masih dalam NS), Mentakab, Jerantut dan Kuala Lipis. Sementara stesen2 kecil yang dinaiktaraf adalah Kemayan, Triang, Mengkarak dan Kerambit. Kecuali stesen Kuala Krau dikekalkan seperti sedia kala.


Banyak stesen2 kecil dirobohkan atau mungkin hanya dibiarkan. Ini menyebabkan sektor laluan Gemas ke Kuala Lipis seperti laluan hantu kerana tiada sebarang keretapi yang lalu kecuali Ekspress Timuran itupun sekali sahaja. Fungsi utamanya juga mungkin sebagai laluan keretapi dari Kelantan untuk ke Gemas, Kuala Lumpur atau Johor Bahru.


Untuk mengetahi lebih lanjut tentang Stesen KTM Bahau dan Gemas, klik link disini kerana topik itu telah diceritakan dalam episod sebelum ini. Topik2 di bawah ini akan membawa anda menjelajah secara ringkas ke stesen2 keretapi utama di Pahang yang kini menjadi sunyi sepi. Gambar-gambar diambil pada Januari 2020 bermula dari stesen Kemayan hingga Kuala Lipis. Teruskan membaca.
  


Kemayan KTM Station


Stesen kecil Kemayan satu ketika dahulu hanya keretapi shuttle (henti2) sahaja yang akan berhenti. Kini dengan pengubahsuaian jadual baru, Ekspress Timuran akan berhenti singgah sebentar ke pekan koboi ini yang terletak bersempadanan antara Pahang dan Negeri Sembilan. Stesen Kemayan masih dalam proses menaiktaraf dan stesen lama masih digunakan untuk sementara waktu. Pekan Kemayan mungkin pekan koboi yang kemajuannya agak perlahan kerana terletak di hujung negeri Pahang (dan NS) tetapi pekan ini mempunyai keadaan sentimental klasik yang menggambarkan zaman 80an dan 90an dahulu. Lihat galeri2 di bawah:

Papan Tanda lama stesen yang masih dikekalkan sebagai kenangan


Stesen baru masih dalam pembinaan pada Januari 2020. Stesen lama digunakan sementara waktu


Stesen baru yang sedang dibina ini lambat lagi nak siap walaupun kelihatan sudah ada rekabentuknya




Pandangan dari kejauhan.


Kaunter Tiket stesen lama masih digunakan buat sementara waktu


Situasi stesen lama pada waktu malam. Stesen ini bakal dirobohkan nanti.


 



Triang KTM Station


Stesen Keretapi Triang juga adalah stesen kecil tetapi terdapat Ekspress Timuran yang memang akan berhenti ketika dahulu kerana permintaan pelanggan. Tambahan pula, Triang terletak berdekatan dengan pekan Bera yang semakin membangun. Stesen masih dalam proses menaiktaraf dan stesen lama masih digunakan untuk sementara waktu. Dengan pekan Bera yang semakin besar, mungkin stesen Triang akan menjadi persinggahan yang penting pada masa akan datang atau lenyap ditelan zaman.


Pada January 2020, stesen ini masih dalam pembinaan dan masih lama lagi nak siap


Ruang tengah stesen baru. Kaunter tiket dan kedai makan, mungkin.


Stesen lama yang kecil dan tersepit ini masih lagi digunakan sementara waktu






Surau lama masih boleh digunakan dan ianya dikekalkan


Papan Tanda lama semestinya dikekalkan sebagai kenangan dahulu




Stesen KTM Triang mungkin lama lagi nak siap. Gambar ini diambil pada January 2020.






Mentakab KTM Station

Mentakab hanya terletak 10 KM dari pekan Temerloh dan kini kedua2 pekan semakin membangun dan mungkin akan bersambung pada masa akan datang. Stesen besar Mentakab memang akan disinggah oleh semua keretapi dari dahulu lagi. Stesen baru telah siap dan digunakan dan stesen lama telah dirobohkan. Tetapi walaupun ada stesen baru, ia tetap sunyi kerana hanya sebuah keretapi yang lalu.


Stesen KTM Mentakab kelihatan baru siap tetapi belum sepenuhnya


Suasana di stesen baru keretapi Mentakab. Stesen lama yang klasik sudah dirobohkan sepenuhnya


Ada kaunter tiket dan kerusi tetapi hanya sebuah keretapi lalu di laluan ini. Siapa yang ingin duduk di sini?



Papan tanda lama klasik yang masih dikekalkan sebagai kenangan


Pandangan stesen baru dari kejauhan


Kelihatan ada bengkel penyelenggaraan rel keretapi berdekatan dengan stesen ini





Kuala Krau KTM Station

Satu2nya stesen kecil yang tidak dinaik taraf adalah stesen ini yang masih mengekalkan senibina lama yang klasik. Sesuai dengan status pekan koboi Kuala Krau dengan situasi klasik. Kini, hanya Ekpress Timuran akan singgah sebentar di stesen ini. Jika anda mahu melihat bagaimana keadaan stesen2 KTM lama di Pahang, anda boleh singgah di stesen klasik ini dan lihat bagaimana diorama klasik stesen kecil binaan batu. Mungkin stesen ini sesuai digunakan lagi kerana ia tidak dibina menggunakan kayu tetapi batu yang kukuh. Kemudahannya masih dapat digunakan lagi.

Stesen KTM Kuala Krau masih teguh berdiri dengan binaan lama yang klasik.




Tandas lama masih elok dan dikekalkan


Papan tanda lama yang sememangnya seusia dengan stesen keretapi asal


Stesen KTM Kuala Krau dari jauh


Sistem automasi landasan yang telah diubahsuai menjadi sistem moden. Tetapi ada peralatan lama masih digunakan.


Melintasi rel keretapi adalah perkara biasa di sini dan tidak merbayahaya kerana laluan tidak sibuk dan tiada renjatan elektrik


Kaunter Tiket fesyen lama yang seperti dahulu


Diorama kerusi lama yang masih teguh di stesen klasik ini








Jerantut KTM Station

Seperti juga Mentakab, Jerantut adalah stesen besar yang terdapat pekan/Bandar Jerantut di sini dan merupakan bandar menghubungkan laluan ke Taman Negara Pahang melalui Kuala Tahan. Dahulu, pelancong asing akan berhenti di stesen ini untuk ke Taman Negara tetapi kini tidak lagi dan stesen ini seperti mati.

Stesen KTM Jerantut telah lama dinaiktaraf kerana merupakan destinasi kemasukan pelancong ke Taman Negara tetapi penggunaan jalan raya telah diutamakan menyebabkan stesen ini hanya dihuni oleh hantu dan Ekspres Timuran yang hanya melalui sekali sehari. Binaan stesen lama telah dirobohkan dan diganti dengan stesen baru dengan binaan moden yang lengkap.

Stesen Keretapi Jerantut yang sunyi sepi.


Kaunter tiket dan kemudahan yang baik tetapi tiada siapa yang datang ke sini melainkan untuk makan di kedai sebelah.


Stesen baru ini nampak moden tetapi tidak mampu mengimbau kenangan klasik dahulu.


Stesen KTM Jerantut lama sudah dirobohkan dan tiada lagi diorama klasik.


Iklan tentang Taman Negara Kuala Tahan dan Jadual keretapi di Jerantut yang hanya ada sebuah keretapi yang lalu.



Tiada papan tanda lama di stesen KTM Jerantut dan sudah diganti dengan papan tanda baru ini.


Tahukan anda bahawa suatu ketika dahulu terdapat pusat maklumat pelancong untuk ke Taman Negara di stesen ini. Ramai pelancong asing gemar ke Jerantut menaiki keretapi tetapi kini tidak lagi kerana jalan raya lebih diutamakan. Tambahan pula hanya ekspress Timuran sahaja yang singgah di sini pada waktu tengah malam.








Kuala Lipis KTM Station



Stesen baru masih dalam pembinaan dan lambat lagi nak siap. Itu yang boleh dikatakan terhadap stesen klasik Kuala Lipis yang masih lagi digunakan pada Januari 2020. 
Stesen KTM Kuala Lipis memang terletak di tengah2 pekan/bandar Kuala Lipis dan lokasinya memang stratergik. Semua kemudahan seperti kedai makan, pejabat, bank, masjid dan lain2 terletak berdekatan dengan stesen ini.

Berbeza dengan stesen KTM yang lain, stesen keretapi Kuala Lipis lebih sibuk kerana terdapat tren henti2 (shuttle) yang lalu di sini. Tren henti2 Kuala Lipis ke Tumpat akan beroperasi dan sebuah lagi laluan ke Gua Musang. 



Kesimpulan

Kesemua stesen KTM di Pahang ibarat mati dan sunyi sepi kerana tiada lagi tren henti2 beroperasi kecuali di kawasan Kuala Lipis dan ke atas. Mungkin shuttle ditamatkan kerana kurangnya permintaan pelanggan atau kos operasi. Atau mungkin juga kemudahan jalanraya moden yang lebih mudah, menyebabkan keretapi tidak lagi menjadi pilihan.

Dapat dilihat, kerja2 menaiktaraf stesen KTM giat dijalankan termasuk sebuah lagi stesen yang tidak dinyatakan iaitu Mengkarak Station. Landasan atau rel juga telah dinaiktaraf dengan menggunakan konkrit dan rekabentuk baru yang lebih licin dan teguh. Ini telah membolehkan keretapi dipecut lebih laju berbanding landasan lama.

Walaubagaimanapun, hasil menaiktaraf ini tidak memberikan sebarang impak kerana hanya sebuah tren yang beroperasi dan sektor laluan ini tidak sibuk seperti dahulu. Belum ada tanda2 landasan berkembar akan dibangunkan di sektor ini kerana kosnya sangat tinggi. Tambahan pula sektor keretapi Pantai Timur selalu banjir maka pembinaan landasan berkembar harus mengambil kira impak penahanan banjir atau dibina lebih tinggi.


Adakah pembinaan projek ECRL yang sedang dijalankan akan melenyapkan laluan KTMB Pantai Timur? Kita akan lihat nanti. 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3