Taman Negara Merapoh (Sungai Relau), Kuala Lipis, Pahang (Part 1: Pengenalan)
Pengenalan Taman Negara Merapoh
Galeri2 Dalam Pejabat Taman Negara Sungai Relau
Kaunter maklumat adalah tempat yang akan anda kunjungi untuk bertanya soalan atau maklumat penting yang perlu. Jika perlu, mungkin anda akan memohon permit jika mahu memasuki kawasan Taman Negara. Tetapi dalam pejabat Taman Negara ini terdapat banyak galeri maklumat yang sangat berguna.
2. Aktiviti2 Utama di Taman Negara Merapoh
3. Tiga Galeri2 Utama di Pejabat Taman Negara yang boleh anda lawati
3A. Galeri Taman Negara
3B. Galeri Biodiversiti
3C. Galeri Konservasi
Taman Negara Merapoh lebih popular di kalangan
orang tempatan untuk mendaki Gunung Tahan kerana dari sini, jarak ke Gunung Tahan
lebih dekat berbanding dari Kuala Tahan. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti lain
yang boleh dilakukan di Taman Negara merapoh ini.
Tidak seperti Kuala Tahan yang sebenarnya
merupakan perkampungan yang dijadikan sabagai lokasi pelancongan, Sungai Relau
adalah ibarat sebuah hutan lipur yang terletak behampiran atau
bersebelahan dengan ladang kelapa sawit. Ia bukanlah sebuah perkampungan atau Resort
yang tersedia untuk dikunjungi pada bila2 masa seperti di kampong Kuala Tahan.
Untuk melakukan aktiviti utama, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
Dari segi aktiviti, banyak kegiatan menarik
boleh dilakukan melalui Taman Negara Sungai Relau (Merapoh) ini antaranya adalah Jungle
Trekking (merentas hutan), melawat gua, bermandi manda, berkhemah dan mendaki Gunung
Tahan. Keluasan kawasan untuk dilawati juga agak luas walaupun tidak sebesar Taman
Negara Kuala Tahan. Jika anda datang melawat ke sini, singgah dahulu ke pejabat
Ranjer Sungai Relau yang terletak di sebelah kiri jalan untuk urusan
pendaftaran dan informasi. Jarak pejabat ini sekitar 8 KM dari jalan besar dan
pekan koboi Merapoh.
Kalau dilihat di Taman Negara Merapoh,
bilangan pengunjung agak kurang dan sambutan pelancong asing dari luar tidak
ramai seperti di Kuala Tahan. Ini mungkin disebabkan kesesuaian atau promosi yang
kurang dilakukan. Pelancong asing lebih menggemari Kuala Tahan yang lebih besar
dan luas serta mempunyai kemudahan lebih lengkap dan selesa. Aktiviti di Kuala
Tahan juga jauh lebih banyak dan menarik.
Pekan Merapoh dan Felda Sungai Relau.
Pekan koboi Merapoh terletak di daerah
Kuala Lipis, Pahang dan merupakan laluan yang akan ditempuhi oleh sesiapa yang
mahu ulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Jarak pekan ini dari Gua Musang sekitar 25KM dan kira2 85KM dari Kuala Lipis. Dari pekan Merapoh anda perlu
memasuki sebuah simpang kecil yang akan menempuh Felda Sungai Relau dan
seterusnya ke Pejabat Taman Negara.
Simpang ini terletak bersebelahan dengan
pasar Merapoh dan beberapa deret kedai makan. Jarak perjalanan dari pekan
adalah sekitar 8 KM.
Papan tanda simpang kecil ke Taman Negara Merapoh yang bersebelahan dengan pasar Merapoh. |
Teruskan perjalanan melepasi jambatan kecil ini. |
Gua gua yang terdapat di Taman Negara Merapoh tertulis di papan tanda ini. |
Perjalanan ditemani oleh sekiling ladang kelapa sawit Felda Sungai Relau |
Melawat Pejabat & Taman Negara Merapoh.
Apabila sampai di pintu Taman Negara, pagar
tertutup dan ada pondok jaga di sebelah kiri. Masuk pagar kiri dan parking kereta di
sebelah kanan. Ini adalah kawasan pejabat Informasi Taman Negara Merapoh dan belum memasuki Taman Negara. Masuk dan parking di sini adalah percuma setakat ini.
Sampi di pintu masuk Taman Negara Merapoh, masuk kiri dahulu untuk memohon permit. |
Pagar pejabat Taman Negara sentiasa terbuka untuk dilawati |
Nama sebenar pusat ini adalah Pusat Interpretif Taman Negara tetapi agak sukar untuk disebut. |
Papan tanda. Lokasi parking kereta awam di sebelah kanan dan ada banyak kemudahan juga disini. |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang Taman Negara dan aktiviti yang boleh dilakukan, anda perlu memasuki
pejabat dan lihat geleri2 yang terdapat di sekitar dindingnya atau boleh juga
bertanya dengan pegawai bertugas. Tetapi pejabat ini hanya dibuka pada waktu
pejabat sahaja (siang hari) dan bukan waktu malam. Kecuali jika anda ada buat
tempahan untuk lawatan khas.
Selain masuk percuma dan parking percuma, ada bebarapa kemudahan terdapat di sini. Antara adalah Tandas, Surau, Dewan Terbuka, Tapak Perkhemahan dan Pondok Rehat. Oleh itu, kawasan ini sering dijadikan tapak perkhemahan atau kursus oleh peserta kem motivasi. Atau tempat rehat pendaki yang ingin membuat persediaan awal pendakian.
Bangunan utama dan pejabat Taman Negara Merapoh atau Pusat Interpretif. Masuk ke sini dahulu untuk maklumat umum. |
Tandas yang besar untuk peserta yang ramai |
Pondok rehat untuk melepak |
Dewan terbuka untuk acara motivasi dan boleh juga untuk berehat |
Sebahagian kemudahan terdapat di belakang bangunan pejabat utama |
Galeri2 Dalam Pejabat Taman Negara Sungai Relau
Kaunter maklumat adalah tempat yang akan anda kunjungi untuk bertanya soalan atau maklumat penting yang perlu. Jika perlu, mungkin anda akan memohon permit jika mahu memasuki kawasan Taman Negara. Tetapi dalam pejabat Taman Negara ini terdapat banyak galeri maklumat yang sangat berguna.
Harga permit dan lesen kamera perlu dimohon jika memasuki kawasan Taman Negara. |
1. Galeri Mendaki Gunung Tahan.
Dalam pejabat ini terdapat sebuah galeri
kecil tentang rentis Gunung Tahan melalui Sungai Relau. Ini juga merupakan
aktiviti paling popular di Taman Negara ini berbanding aktiviti lain. Anda
boleh melihat beberapa check point yang akan ditempuh sepanjang pendakian ke
Gunung Tahan beserta dengan gambar.
2. Aktiviti2 Utama di Taman Negara Merapoh
Merentis Taman Negara Sungai Relau ke Kuala
Juram.
Disekeliling dinding pejabat juga terdapat
peta Taman Negara Sungai Relau yang dapat memberikan anda sedikit sebanyak
maklumat tentang aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Luas taman Negara
ini boleh tahan sehingga perjalanan boleh mencecah lebih 10 KM dan perlu
menaiki 4WD.
Terdapat juga galeri burung2 popular yang
terdapat di Taman Negara dan jejak kaki spesis haiwan liar yang berkeliaran di
sini. Peminat fotografi dan burung mungkin boleh membacanya.
3. Tiga Galeri2 Utama di Pejabat Taman Negara yang boleh anda lawati
Jika anda sampai di sini, berbaloi jika
anda melawat tiga galeri2 di dalam pejabat Taman Negara. Masuk adalah percuma
dan tidak memerlukan permit kerana bukan masuk hutan. Terdapat tiga galeri
utama yang boleh anda lawati jika melawat pejabat Taman Negara ini iaitu Galeri
Taman Negara, Galeri Konservasi dan Galeri Biodiverisiti. Lokasi galeri ini
adalah disebalik sudut pejabat iaitu sebelah kiri kaunter dimana anda perlu
membuka lampu dan minta kebenaran masuk. Tidak ramai yang mengetahui kewujudan
galeri ini tetapi sebenarnya banyak maklumat yang anda boleh perolehi di sini.
Apa yang menarik adalah galeri2 seperti ini
tidak terdapat di Taman Negara Kuala Tahan. Di Taman Negara Kuala Tahan hanya
terdapat galeri maklumat yang ringkas sahaja. Ini memberikan kelebihan kepada
anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taman Negara dan flora serta fauna
yang terdapat di dalamnya.
Di sudut ini terdapat tiga galeri utama yang perlu anda lawati untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Taman Negara dan Hutan Hujan Tropika. |
3A. Galeri Taman Negara
Anda harus melawat galeri ini kerana ianya
akan menceritakan serba ringkas tentang apakah yang terdapat di Taman Negara
Semenanjung secara ringkas. Dengan itu, anda akan lebih memahami apakah
aktiviti2 yang boleh dilakukan di sini.
Model Topografi (peta) Taman Negara
terdapat disini dan kelihatan Gunung2, Sungai, Gua2, Bukit2, Menara Pandang,
Bumbun dan berbagai lagi. Terdapat galeri diorama hutan hujan tropika di sini
untuk dilihat secara tingkas tentang suasana hutan.
3B. Galeri Biodiversiti
Galeri ini menceritakan tentang kaitan
flora dan fauna antara satu sama lain. Ia memberikan gambaran tentang
kepentingan fungsi ekosistem hutan dimana setiap spesis haiwan dan tumbuhan
saling memerlukan untuk terus hidup dan membiak. Adalah penting untuk menjaga
ekosistem tersebut.
3C. Galeri Konservasi
Galeri ini memberikan penerangan tentang
kepentingan memelihara alam sekeliling. Iaitu berkaitan dengan pemeliharaan
hutan dan tumbuhan serta pengembangan spesis haiwan2 liar di hutan. Tujuannya
agar kitaran alam sekeliling dapat diteruskan dengan sebaiknya. Kitaran makanan
di dalam hutan menjadi keutamaan bagi aspek pemuliharaan.
Memasuki hanya kawasan Taman Negara Sungai
Relau sahaja.
Anda boleh melawati Taman Negara Sungai
Relau atau hutan lipur kecil ini dengan membayar permit masuk dan kamera untuk melihat
keadaan di hutan lipur. Antara aktiviti2 menarik adalah mandi sungai dan melawat
kolam Ikan Kelah. Bagaimanapun, tiada aktiviti menarik jarak jauh yang boleh
dilakukan.
Comments
Post a Comment