Stesen KTMB Tumpat, Kelantan
Stesen
Bersejarah KTMB Tumpat, Kelantan
Apa yang menarik tentang stesen ini adalah
ia merupakan stesen KTMB paling hujung sekali di Kelantan di mana laluan rel
akan tamat. Lokasi stesen ini juga berdekatan dengan laut (atau lebih spesifik
kuala sungai). Ia merupakan satu2nya stesen di negeri2 Pantai Timur yang berdekatan dengan Laut. Stesen ini terletak di pekan Tumpat di mana di stesen ini,
segala urusan ulang bekal tren2 KTMB dilakukan selain daripada stesen Kuala
Lipis. Kemudahan di stesen hujung ini semestinya lengkap kerana ia merupakan
lokasi persinggahan utama untuk pihak KTMB berehat dan urusan logistik.
Terdapat sedikit iklan pelancongan disini
yang sedikit sebanyak memberikan maklumat tentang pelancongan keretapi di
Kelantan. Tetapi, lokasi pelancongan di sini tidak banyak atau mungkin tidak
dihebahkan.
Stesen KTMB Tumpat masih lagi menggunakan
stesen lama yang klasik. Stesen lama ini masih kukuh dan dibina menggunakan
batu tetapi mungkin ruang yang lebih besar diperlukan. Oleh itu, kerja2
pembinaan dan pembesaran stesen Tumpat sedang giat dilakukan untuk keselesaan
penumpang.
Laluan KTMB Tumpat ke Pasir Mas adalah laluan pertama yang dibuka oleh British yang kemudiannya di sambungkan ke Sungai Golok pada satu ketika dahulu. Sila lihat galeri2 di bawah:
Papan Tanda Iklan Pelancongan
Laluan KTMB Tumpat ke Pasir Mas adalah laluan pertama yang dibuka oleh British yang kemudiannya di sambungkan ke Sungai Golok pada satu ketika dahulu. Sila lihat galeri2 di bawah:
Di hadapan adalah penghujung rel KTMB sektor Timur |
Kawasan penyimpanan keretapi di stesen Tumpat. |
Kelihatan kerja2 pembinaan sedang dalam proses di sini. |
Tren Shuttle henti2 dari Kuala Lipis baru tiba dan menurunkan penumpang. |
Hampir seluruh kawasan stesen adalah dalam proses menaiktaraf termasuk Platform 2. |
Pandangan Platform Utama |
Kerja2 pembinaan atau menaiktaraf stesen KTMB Tumpat sedang giat dijalankan. |
Platform Utama dan kawasan menunggu/rehat. |
Kaunter Tiket |
Pandangan hadapan Stesen KTMB Tumpat |
Ekspress Timuran yang baru tiba pada waktu tengahari. Tren ini bermula dari JB Sentral. |
Pekerja2 sedang menukar Selimut dan Cadar di Koc Kelas Katil. Ekspress Timuran. |
Dekorasi hiasan sampan ini sudah lama dibina. |
Projek atau kerja2 menaiktaraf yang sedang dijalankan |
Tren shuttle sedang berhenti mengambil penumpang di Stesen Tumpat |
Jadual laluan keretapi di Stesen Tumpat lebih banyak daripada stesen2 lain. |
Kawasan hadapan stesen sebelah jalanraya dan hentian khas GrabCar. |
Papan Tanda Iklan Pelancongan
Homestay berdekatan. |
Peta pelancongan negeri. |
Comments
Post a Comment