Kem Baha, Taman Negeri Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan

Mendaki ke Kem Baha di Taman Negeri Gunung Stong

Anda telahpun melihat serba sedikit tentang hutan lipur di bawah iaitu berdekatan dengan pintu masuk Taman Negeri ini. Tetapi melawati hutan Jelawang tidak lengkap jika tidak mengunjungi atau mendaki sehingga ke Kem Baha kerana lebih banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan dari sini. Pendakian ke Gunung Stong & Ayam bukan sahaja lebih dekat dari sini, malah keindahan pemandangan dan air terjun di kem ini sudah memadai untuk dinikmati. Anda tidak perlu mendaki ke Gunung kerana di kem ini sudah ada segalanya.


Merentasi Chalet2 yang sudah usang.



Papan tanda lama Jelawang Jungle.



Papan tanda baru Taman Negeri Gunung Stong.


Mungkin terdapat trek untuk melawat ke kaki Air Terjun Jelawang di sini.



Jelawang Jungle.



Laluan bertali menuju ke Kem Baha.



Persimpangan untuk ke Kem Baha (jalan terus), Kg Jelawang (Resort) dan Gunung Stong/Ayam



Papan Tanda persimpangan. Pastikan anda di laluan yang tepat.


Denai ini pula menuju ke Gunung Stong/Ayam.



Antara aktiviti menarik di Kem Baha adalah:
-Berkhelah dan memasak. Terdapat kemudahan cafeteria di sini jika anda tidak mahu masak.
-Berehat di Chalet tradisional jika tidak mahu berkhemah.
-Melawat ke lokasi pertengahan air terjun.
-Bermandi manda di jeram yang segar dan ada aliran air terjun
-Menikmati pemandangan indah dan matahari terbit atau terbenam.
-Mendaki Gunung jika mahu.
-Lain2 Kem Motivasi dan latihan yang boleh dilaksanakan.


Kemudahan2 yang terdapat di sini:
Chalet Tradisional, kafeteria, tandas tradisional, kedai mini, tapak perkhemahan, Generator Elektrik Mini (tidak dapat dipastikan), Jurupandu dan lain2.

Apapun, segala aktiviti di Kem Baha mestilah berlandaskan kepada pakej yang ditawarkan oleh pihak Stong Hill Resort dan ia perlu ditempah lebih awal sebelum dilaksanakan. Tempat adalah terhad pada musim puncak. Anda boleh melawat ke FB Stong Hill Resort untuk maklumat lanjut atau pergi ke pejabat mereka di pintu masuk.



Selamat Datang ke Kem Baha, Hutan Jelawang.


Terdapat kemudahan Chalet Tradisional & Tapak Perkhemahan


Tapak2 perkhemahan yang luas.


Chalet2 Tradisional terdapat di sini tetapi terhad kepada tempahan


Kemudahan Kantin dan Chef Memasak Profesional


Pemandangan indah dari atas air terjun Jelawang tetapi banyak bukit2 yang sudah ditarah.


Pemandangan ini tidak seindah dahulu tetapi masih lagi menarik.


Air terjun ini akan mengalir ke jurang tinggi.


Air terjun di Kem Baha yang lebih menarik kerana ianya berbentuk aliran






Jeram mandi air terjun yang sejuk dan dalam. Berhati2 jika tidak tahu berenang!!!


Lebih menarik bermandi manda di air tejun dan jeram ini kerana air yang segar dan sejuk



Iklan lokasi menarik berdekatan dengan Taman Negeri ini iatu Jelawang Extreme Park

Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3