Malayan Railway East State (Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Pengenalan 1)
Tren Shuttle henti2 yang sedang berhenti di Stesen KTMB Gua Musang. |
Sejak laluan keretapi mengalamai kerosakan akibat banjir besar pada 2014 ke 2015, banyak kemusnahan telah berlaku terutama di negeri Kelantan. Ini menyebabkan pembaikan besar-besaran pelu dilakukan dan mengambil masa. Selepas dibaik pulih, perkhidmatan Ekspress Wau tidak lagi diwujudkan kerana kekurangan kemudahan dan jentera yang rosak.
Keretapi merupakan pengangkutan yang masih
lagi penting di Kelantan. Kemudahan jalan raya walaupun sudah banyak tetapi di
sesetengah kawasan pedalaman, penggunaan keretapi masih lagi relevan kerana
jalan raya yang jauh. Tambahan pula di Kelantan masih lagi tiada lebuhraya.
Oleh itu, perkhidmatan keretapi shuttle henti2 masih lagi diperlukan di Kelantan dan
masih beroperasi. Situasi ini berbeza di laluan Gemas ke Kuala Lipis di mana
perhidmatan shuttle tidak lagi wujud malah hanya sebuah keretapi yang lalu di
laluan ini iaitu Ekpress Timuran.
Pengembaraan menaiki keretapi di Kelantan
adalah sangat menarik dan berbeza. Ini kerana gerabak keretapi lama yang
digunakan dan kehadiran stesen2 kecil akan menyebabkan anda berasa kagum
melihat situasi klasik ini. Penduduk kampung2 masih ramai menggunakan keretapi
untuk ke pekan2 utama seperti Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah,
Wakaf Baharu (Kota Bahru) dan Pasir Mas.
Lokomotif dialihkan ke hadapan di Stesen KTMB Kuala Lipis. |
Sekiranya anda peminat Keretapi Tanah
Melayu Klasik, ini mungkin akan menjadi pengembaraan anda sekurang2nya sekali
seumur hidup tetapi jika anda bukan peminat KTMB, maka mungkin sekadar untuk
bacaan pengetahuan sahaja. Tetapi untuk penduduk2 di sekitar kawasan ini bagi
mereka ini adalah perkara biasa dan rutin harian sahaja. Begitu juga dengan
pekerja2 KTMB sector ini.
Apa yang menarik dalam pengembaraan menaiki
Keretapi Tanah Melayu Sektor Timur adalah suasana dan rekabentuk klasik yang
masih lagi wujud di laluan ini. Suasana ini tidak lagi dapat dilihat di sektor2
lain seperti Utara dan Barat. Diorama klasik ini hanya wujud pada tahun awal
90an di Sektor Barat dan akhir 90an di sektor Utara. Sektor Selatan pula sedang
dalam proses pemodenan. Oleh itu, berbaloi sekiranya anda cuba untuk menjelajah
ke sector KTMB Timur khususnya utara Pahang dan Kelantan.
Walaupun segala kemudahan dan kelengkapan
KTMB Sektor Kelantan adalah klasik atau masih banyak menggunakan sistem lama,
tetapi harus diingat bahawa negeri Kelantan adalah negeri terakhir Sistem
Keretapi siap dibina ketika zaman British pada tahun 1930an. Bermaksud, ia
adalah sistem keretapi klasik terakhir yang masih wujud.
Mengapakah pengembaraan tidak bermula dari
Stesen Gemas? Ini disebabkan laluan Gemas ke Kuala Lipis sudah dinaiktaraf dan
kesemua stesen lama sudah dirobohkan atau dinaiktaraf. Stesen2 kecil juga sudah
tiada kerana perkhidmatan tren shuttle henti2 Gemas ke Kuala Lipis sudah
dihentikan. Tiada lagi suasana diorama klasik di laluan Gemas ke Kuala Lipis.
Begitu juga dengan laluan Johor bahru ke Gemas yang sedang giat menjalankan
projek landasan berkembar.
Laluan tren keretapi di negeri2 Pantai
Timur sebenarnya hanya menempuh negeri Pahang dan Kelantan sahaja kerana
Terengganu satunya2 negeri di Semenanjung yang tiada langsung laluan keretapi.
Laluan juga melalui hutan atau bahagian tengah Semenanjung dan bukannya laut
kecuali hanya stesen Tumpat sahaja yang berdekatan dengan laut.
Merentasi pekan besar, pekan kecil, hutan
belantara, perkampungan kecil, sungai2 besar, jambatan panjang, sawah padi dan
lain2 akan menyebabkan perjalanan menjadi menarik, walaubagaimanapun jika selalu
dilakukan tetap akan menjadi jemu juga.
Comments
Post a Comment