Kedai Makan & Ikan Di Tepi Sungai Pahang, Temerloh
Kedai
Makan Ikan Patin Temerloh (Sebelah Sungai Pahang)
Daerah Temerloh, Pahang memang terkenal
dengan masakan Ikan Patin Tempoyak. Sekiranya anda melalui laluan jalan lama
dari Bera ke Temerloh dan sehingga ke Jerantut, anda akan dapat melihat
keindahan Sungai Pahang yang mengalir dari Taman Negara dan banyak lagi sumber
alirannya. Sungai yang terpanjang di Semenanjung ini mengalir dengan luas di
sebelah kanan jalan raya dan terdapat banyak kedai2 menjual ikan segar sungai
di tepi2 jalan.
Selain menjual ikan2 segar dalam akurium
besar, kedai2 makanan ikan bakar dan ikan patin juga banyak terdapat
disepanjang jalan dengan menu masakan yang menyelerakan. Keindahan lokasi yang
terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang menggamitkan lagi suasana menyentap
juadah. Sekiranya anda melalui lokasi ini jangan lupa untuk singgah.
Kedai2 yang terdapat di sepanjang sungai Pahang di tepi jalan |
Di kawasan sungai ini banyak terdapat kolam2 ternakan ikan air tawar |
Ikan2 segar juga banyak dijual di sini yang diternak dari kawasan sungai. Terdapat kedai2 yang menyediakan perkhidmatan terus memasak ikan segar. |
Comments
Post a Comment