Taman Negeri Gunung Stong (Jelawang), Dabong, Kuala Krai, Kelantan


Air Terjun Jelawang (Dabong), Kem Baha & Gunung Stong



Pengenalan

Taman Negeri Gunung Stong dikatakan mempunyai daya tarikan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara?? Adakah ia benar?? Selain air terjun yang cantik, terdapat Kem Baha di sebelah punca air terjun dan juga terdapat jeram menarik. Ada tiga puncak utama untuk dilawati iaitu puncak Gunung Stong, Baha dan Ayam. Taman Negeri ini terletak berdekatan dengan Kampung Jelawang, Dabong dalam daerah Kuala Krai, Kelantan.

Segala aktiviti di Taman Negeri ini diuruskan oleh Stong Hill Resort. Pejabatnya terletak berdekatan pintu masuk hutan lipur/rekriasi. Di kawasan rekriasi resort ini anda boleh bermandi mandi berdekatan kolam jatuhnya air terjun tetapi ruang mandi mungkin agak terhad jika ramai orang. Aktiviti2 lain yang boleh dilakukan di kawasan bawah adalah seperti berkhelah, bermandi manda, dan menginap di Chalet sambil berehat. Tetapi sebahagian besar chalet2 atau resort yang terdapat disini sudah rosak mungkin kerana kurang ditempah atau ditimpa oleh pokok. Sebenarnya, kebanyakan aktiviti menarik lebih banyak jika anda mendaki ke Kem Baha.

Ramai pengunjung memilih untuk menaiki sehingga ke Kem Baha kerana di sana terdapat lebih banyak aktiviti2 menarik yang boleh dilakukan seperti melawati air terjun tertinggi, bermandi manda di jeram yang dalam, meretas hutan, berkhemah, melihat pemandangan indah dan menginap di chalet yang lebih menarik di kawasan kem. Pendakian ke Gunung Stong & Ayam juga lebih cepat jika dari Kem Baha.

Lokasi Hutan Lipur ini juga berdekatan dengan gua. Terdapat gua2 yang terletak tidak jauh dari pekan Jelawang dan anda boleh melawat pada bila2 masa dengan bantuan Guide/Jurupandu. Anda boleh pergi ke pejabat ranjer untuk maklumat lanjut tentang tempahan aktiviti tetapi hanya dibuka pada waktu siang sahaja.




Permit & Kebenaran

Seperti diketahui, segala aktiviti di hutan lipur Air Terjun Jelawang adalah di bawah pengurusan Stong Hill Resort. Anda perlu membeli permit memasuki hutan lipur dan caj parking kenderaan untuk urusan ke sini. Caj parking adalah antara Rm3 ke RM5 sementara caj masuk seorang adalah RM3. 
Jika anda mahu aktiviti ke Kem Baha dan mendaki Gunung Stong, anda boleh memilih pakej2 yang disediakan dan berapa ramai ahli yang terlibat. Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan. Oleh itu, pendakian ke Kem Baha dan Gunung perlukan jurupandu serta permit berdasarkan pakej2 yang diambil. Aktiviti persendirian tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran pihak pengurusan. Waktu operasi hutan lipur adalah pada waktu siang sahaja melainkan aktiviti khas pakej yang telah ditempah.
Sila lihat galeri2 di bawah untuk mengetahui suasana dan kemudahan yang terdapat di sini:


Stong Hill Resort, laluan masuk kelihatan air terjun tinggi dari kejauhan

Begitu kreatif, di palang ini pun ada penerangan dan papan tanda


Kedai serbanika ini mungkin juga adalah kaunter pendaftaran dan maklumat. Singgah di sini dahulu jika anda baru datang.


Kawasan parking dan tandas. Parking mungkin agak terhad pada musim cuti sekolah.


Mercu papan tanda pelancongan Malaysia yang sudah lama wujud.

Ambil sedikit masa anda untuk membaca penerangan ringkas tentang Gunung Stong.


Simbol perletakan batu asas.





Kemudahan surau klasik


Menyusuri jalan ke atas untuk lebih banyak lokasi menarik


Terdapat berbagai chalet yang masih boleh disewa disini dengan saiz tertentu


Salah satu chalet besar yang sudah tidak boleh digunakan. Mungkin sudah reput.




Salah satu projek yang pernah dilaksanakan oleh pelajar UMK di sini


Kolam ikan ini tiada air tetapi terdapat pokok2 yang tumbuh?



Terdapat kawasan khas perkhemahan di sini untuk melaksanakan kem motivasi


Banyak chalet2 yang masih elok, begitu juga yang rosak.






Kemudahan2 Yang Disediakan:

Seperti yang anda lihat dalam gambar2 di atas, kemudahan2 yang ada di sini adalah seperti berikut:
Tempat parking kenderaan, Tandas, Pejabat & Kaunter Maklumat, Kedai Runcit Mini, Chalet, Tapak Perkhemahan, Surau, Dewan Kecil dan lain2.




Aktiviti2 Yang Biasa Dilakukan:


Bermandi manda di Jeram Air Terjun Jelawang.
Setelah membayar permit masuk dan parking kenderaan anda boleh menjalankan aktiviti di hutan lipur ini. Kolam utama untuk bermandi manda adalah di sebelah jambatan gantung. Kebiasaannya pengunjung akan berkhelah sambil bermandi manda dengan keluarga.


Air terjun jelawang yang mengalir tinggi dari atas


Jeram utama untuk mandi air terjun yang segar. Gambar ini di ambil dari jambatan gantung


Jeram dengan air yang sejuk dan segar



Menaiki ke Kem Baha & Bermalam.
Perjalanan ke Kem Baha mengambil masa 1 jam hingga ke 2 jam. Di Kem Baha terdapat kemudahan seperti Chalet, Kedai Mini, Tandas, Kantin (dengan pakar memasak) dan Tapak Perkhemahan. Kesemua kemudahan ini adalah dalam bentuk klasik iaitu pondok sahaja dan bukannya binaan konkrit. Tetapi tiada kemudahan tenaga elektrik di sini kecuali mereka bawak Generator naik ke atas. 




Mendaki ke Kem Baha dan Gunung memerlukan permit dan jurupandu khas.



Mendaki Gunung Stong & Ayam.
Kebiasaannya, pendaki akan memilih untuk berkhelah di Kem Baha dan kemudiannya mendaki Gunung Stong pada esok hari. Perjalanan mendaki Gunung Stong megambil masa 5 jam dari Kem Baha.



Pakej2 Lain Yang Ditawarkan Kepada Pengunjung
Terdapat banyak jenis pakej yang ditawarkan bergantung kepada berapa ahli yang terlibat dan kemampuan anda. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Antaranya pakej seperti di bawah:






Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3