Jerantut Feri Water Front, Jerantut, Pahang
Terletak tidak jauh dari pekan Jerantut
iaitu kira2 9KM dan berada berdekatan dengan simpang ke jalan besar ke Taman
Negara Kuala Tahan. Anda akan melalui lokasi ini jika melalui jalan Jerantut ke Maran dan ia terletak di bawah jambatan merentasi Sungai Pahang.
Apakah yang menarik di sini? Tiada apa2 pun
kerana apa yang ada hanyalah sebuah dataran dan pentas serta parking kenderaan.
Tidak terdapat sebarang jeti besar atau feri yang melaluinya. Mungkinkah lokasi ini
hanya hidup suatu ketika dahulu semasa laluan sungai digunakan untuk ke Taman
Negara atau ke lokasi lain? Memandangkan sekarang ini jalan raya lebih
diutamakan maka tiada lagi keperluan menggunakan feri?. Lagipun, sungai Pahang
sudah semakin cetek kerana hutan2 sudah diteroka dan aliran air berkurangan.
Galeri2 di bawah memberikan sedikit
gambaran apakah yang terdapat di sini dan mungkin tidak berbaloi mengunjunginya
kecuali jika ada aktiviti2 khas dilaukan di sini.
Comments
Post a Comment