Mengenali Genting Highland, Bentong, Pahang


Pengenalan : Genting Highland Bawah (Goh Tong Jaya)

Genting Highland terbahagi kepada dua bahagian iaitu di bahagian bawah yang terdapat pekan Goh Tong Jaya, Kawasan Perumahan (residensi apartment), kebun/ladang kecil, Genting Premium Outlet dan laluan permulaan untuk menaiki kereta kabel ke puncak Genting Higland (Cable Car). Terdapat juga masjid di sini yang dikenali sebagai Masjid Tan Sri Mohamad Noh. Kawasan ini berada pada ketinggian sekitar 1100 ke 1300 meter dari paras laut.

Genting Highland bahagian atas terletak di kawasan puncak gunung Ulu Kali. Mungkin lebih tepat untuk memanggil bahagian atas ini sebagai Genting Highlands dan bahagian bawah sebagai Goh Tong Jaya.

Terdapat dua lokasi kereta kabel untuk menaiki ke Genting Highland iaitu dari Goh Tong Jaya (Genting Skyway) dan Awana Genting Premium Outlet (Awana Skyway). Buat masa ini, lokasi melalui Awana Skyway lebih popular berbanding melalui Goh Tong Jaya yang amat popular suatu ketika dahulu.

Cable Car Awana Skyway dinaiki dari Genting Premium Outlet.


Cable Car Genting Skyway dinaiki dari pekan Goh Tong Jaya.


Daya Tarikan Utama di Goh Tong Jaya:

Hotel2 : Awana Hotel (4 Bintang) & Hotel Seri Malaysia (3 Bintang)

Genting Premium Outlet : Seperti juga outlet2 yang terdapat di Johor dan Melaka, GPO menawarkan pusat membeli belah yang pelbagai dan menarik dengan banyak jenis barangan dan jenama.

Cable Car (Awana) : Terletak di atas GPO dimana anda boleh parking di kawasan tersebut. Untuk menaiki Kereta Kabel ke Genting Highland, jaraknya sekitar 2.8KM dengan satu hentian Tokong Besar Chin Swee.

Stesen Bas Awana : Terletak di sebelah GPO dan bersambung.

Cable Car (Genting Skyway) : Terletak di Goh Tong Jaya dimana anda boleh parking kereta di kawasan ini. Jarak kereta kabel dari sini ke Genting Highland agak jauh sedikit iaitu sekitar 4 KM. Stesen Bas Genting Skyway terletak di kawasan ini.

Pekan Goh Tong Jaya. Pekan ini mengandungi deretan kedai dan pejabat serta kemudahan2 lain seperti Bank dan Klinik.

Bee Farm & Mini Strawberry Farm.

Genting Premium Outlet (GPO)


Masjid Tan Sri Mohamed Noah tidak jauh dari GPO.






Genting Highland Atas (Taman Tema, Hotel, Casino & Lain2)

Dahulunya merupakan puncak gunung tetapi kini telah dibangunkan dan terdapat segala tempat pelancongan yang menarik. Berada pada ketinggian 1500 ke 1600 meter dari paras laut, suhu di sini agak sejuk terutama pada waktu awal pagi dan malam. Terdapat hotel terbesar di dunia di sini, outlet membeli belah, kedai2 makan menarik,taman tema pelancongan diluar dan dalam. Terdapat juga kasino yang digemari oleh pelancong2 asing. Sebelum sampai ke Genting Highland, anda pasti akan menempuh dua tarikan ini iaitu Cable Car & Chin Swee Temple.

Cable Car (Dari Awana atau Goh Tong Jaya) : Menaiki Kereta Kabel adalah daya tarikan penting di Genting Highland kerana anda akan dapat menikmati keindahan pemandangan hutan di sini sambil merasa pengalaman mendebarkan menaiki kereta kabel yang tinggi dan menggerunkan. Namun begitu, anda tidak semestinya perlu menaiki kereta kabel ke sini kerana jalan raya juga boleh digunakan.

Awana Cable Car.
Keindahan hutan dari Kereta Kabel Awana




Pandangan menggerunkan dari Cable Car Awana yang sekarang berada di Genting Highland.

Cable Car Awana akan berhenti di Kompleks Sky Avanue


Genting Skyway.
Cable Car lama jenis ini melalui laluan  yang lebih kaya dengan keindahan hutan.


Perjalanan Cable Car lama ini lebih panjang dan lebih menarik tetapi mengambil masa 23 minit.


Cable Car Genting Skyway akan berhenti di Kompleks Genting Grand.


Chin Swee Temple. Terletak berdekatan dengan Genting Highland iaitu sebelum sampai ke Ria Apartment. Chin Swee Temple merupakan satu memorial tempat ibadat yang diasaskan oleh mendiang Lim Goh Tong. Banyak pameran yang terdapat di sini untuk dilawati. Anda boleh datang ke sini menaiki Cable Car Awana ataupun jalan raya.

Hentian Chin Swee akan dilalui oleh Cable Car Awana sahaja dan anda boleh singgah sebentar.

Hentian Chin Swee Temple di laluan Awana Skyway.

Dari stesen Chin Swee anda harus menaiki tangga automatik yang panjang

Peta dan lokasi menarik di Chin Swee Temple










Banyak tempat menarik untuk dilawati di Chin Swee Temple khususnya untuk beragama Buddha.


Pagoda.


Perjalanan ke Genting Highland semestinya menarik dengan kelihatan keindahan hutan berbukit bukau samada anda melului jalan raya/kenderaan atau Kereta Kabel. Apakah sebenarnya yang terdapat di Genting Highland? Majoriti kawasan di Genting ini adalah hotel penginapan, pusat membeli belah, taman tema dan kedai2 makan. Tetapi sebenarnya, ia lebih daripada itu…

Sebenarnya, banyak aktiviti yang dilaksanakan di Genting Highland sekiranya anda lihat senarai2 di bawah tetapi kesemuanya memerlukan perbelanjaan yang besar dan hanya orang berkemampuan boleh melaksanakan semuanya.
Jalan raya masuk utama ke Komples Hotel di Genting Highland.



Segala jenis hiburan menarik terdapat di sini.


Daya Tarikan Utama:

Hotel2 Penginapan : Theme Park Hotel, Hotel Genting Grand, Hotel First World, Hotel Maxim, Hotel First World dan Hotel CrockFords. Setiap hotel mempunyai kelainan dan situasi yang berbeza dengan pemandangan yang berbeza.

Hotel Genting Grand

Hotel Maxim

Skrin TV besar.


Outlet Pusat Membeli Belah Premium berbagai jenama luar Negara. Terdapat banyak outlet menarik di Genting Highland dan mungkin lebih banyak dari GPO tetapi harganya lebih mahal sedikit.

Kedai2 Makan Menarik. Anatara daya tarikan di sini juga adalah kedai makan yang berbagai jenis. Dari jenis makanan segera, makanan tradisional, masakan barat dan masakan china. Setiap restoran juga menawarkan suasana kedai yang berbeza dan pemandangan berbeza.

Disko & Pub. Terdapat banyak jenis Disko dan Pub yang ditawarkan seperti Zouk Genting, Cloud 9 dan ala2 Siam. Ia merupakan daya tarikan untuk pelancong2 asing.

Permainan Video Game & Sukaneka. Genting menawarkan slot permainan video yang lebih menyeluruh dan premium dengan banyak jenis permainan terkini. Permainan sukaneka seperti di Fun Fair turut ditawarkan.

Indoor Theme Park. Dikenali sebagai Skytropolis, Taman Tema Indoor terletak di kawasan SkyAvaneu dalam First World Complex. Terdapat lebih daripada 20 jenis permainan yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Permainan jenis mudah dan menggerunkan ada ditawarkan.
Taman Tema Dalaman : Skytropolis.



Genting Casino dan Sky Casino. Merupakan daya tarikan terpenting unutk pelancong asing adalah Sky Casino yang terdapat di sini.
Genting Sky Casion


Bowling& Snooker. Pusat sukan dalaman yang terdapat disini menawarkan kedua2 permainan ini.

Permainan konsep Virtual Reality (VR) : Merupakan daya tarikan terbaru di sini. Anda akan memakai kaca mata video dan menaiki simulasi permainan. Ini menyebabkan anda seperti berada di suatu lokasi yang lain dan benar2 mengalami pengembaraan tersebut.

The Void : Daya tarikan VR moden yang baru ditawarkan. Seperti juga konsep VR tadi, The Void mengintegrasikan permainan ini dalam bentuk berpasukan dan taktikal yang lebih menarik.

Pusat Wayang : Terdapat beberapa panggung wayang moden di sini isitu di SkyAvenue unutk pengunjung menonton wayang terkini.


Penganjuran Konsert, Persembahan & Convension.
Arena Of Stars : Merupakan lokasi konsert2 atau pertunjukan hiburan dijalankan. Genting seringkali menjemput artis2 luar negara untuk menjalankan persembahan di sini. Kedatangan artis2 popular luar negara merupakan salah satu daya tarikan utama pelancong ke Genting Highland yang tidak banyak dilakukan oleh pusat pelancongan lain. Selain menjemput artis2, pertunjukan seperti silap mata dan sarkas juga pernah diadakan di sini.

GICC : Terletak di sebelah hotel First World adalah Genting International Convention Centre. Penganjuran mesyuarat atau seminar besar boleh dilakukan di sini. Bertujuan juga untuk latihan dan kursus.


DALAM PEMBINAAN : OUTDOOR THEME PARK. Sejak dahulu lagi, taman tema luar merupakan tarikan penting kepada orang ramai kerana taman tema luar lebih menarik dari konsep dalaman. Tetapi sehingga kini tidak diketahui bilakah akan dibuka.
Taman Tema Luar yang sehingga kini masih dalam pembinaan.



Kemudahan2 Lain:
Genting Highland juga menawarkan kemudahan2 yang membolehkan pengunjung atau pelancong melaksanakan urusan2 khas yang penting. Kemudahan ini turut digunakan oleh pekerja2 di sini.

-Pejabat & Bank : Public Bank, Maybank, Pejabat Pos dan ATM yang lengkap.

-Klinik, Kedai Runcit, Farmasi, Caferia Dan lain2.

-Stesen Minyak Petron & Pusat Servis Petron.

-Pasukan Polis Bantuan yang lengkap untuk keselamatan pengunjung.



Balai Polis dan Masjid di Genting Highland.


Oleh itu, Apakah yang boleh anda lakukan di Genting Highlands?? Jika dilihat dari senarai tadi, semestinya banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan asalkan anda mempunyai modal yang cukup. Ini merupakan sebab utama hotel2 di Genting Highland sering menjadi pilihan kerana satu hari sahaja tidak mencukupi untuk pengunjung melaksanakan semua aktiviti.

Tidak dinafikan bahawa Casino merupakan daya tarikan utama di Genting Highland tetapi kini aktiviti2 lain sudah banyak wujud dan pengunjung mempunyai banyak pilihan.
Pemandangan di Genting Highland hampir kesemuanya indah2.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang