Stesen KTMB Dabong, Kuala Krai, Kelantan
Stesen
KTMB Dabong
Stesen KTMB Dabong terletak di daerah Kuala
Krai, Kelantan dan jarak dari pekan Kuala Krai adalah sekitar 80 KM jika
melalui jalan raya. Walaupun stesen Dabong boleh dianggap stesen kecil, tetapi
atas permintaan pelanggan dan pelancongan, semua tren ekspress akan berhenti di
sini sejak dahulu lagi. Antaranya adalah Ekspress Timuran, Ekspress Wau dan
Ekspress Kenali tetapi sekarang hanya Ekspress Timuran sahaja yang beroperasi
(Jan 2020).
Stesen KTMB Dabong masih mengekalkan binaan
lama yang masih teguh berdiri walaupun pernah dilanda banjir besar pada tahun
2014 yang lalu. Mungkin mengalami kerosakan tetapi struktur utama masih kukuh
dan dapat digunakan walaupun banyak stesen KTMB kecil di Kelantan yang musnah
teruk akibat banjir 2014 dahulu. Terletak berdekatan dengan stesen ini juga
adalah Sungai Galas yang mengalir dari kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa.
Aliran sungai yang luar biasa pada musim tengkujuh meningkatkan risiko banjir.
Apa yang menarik di Stesen KTMB Dabong
adalah ianya terletak berdekatan dengan Air Terjun Jelawang atau Air Terjun Gunung
Stong. Jarak ke hutan lipur itu sekitar 6 KM sahaja dari stesen ini dan
terdapat juga kemudahan2 seperti rumah tumpangan, stesen minyak kecil dan kedai
makan disekitar stesen. Pelancong2 asing dan tempatan sering menjadikan stesen
KTMB Dabong sebagai pengangkutan mereka untuk ke hutan lipur Jelawang.
Suasana Pagi di Stesen KTMB Dabong.
Suasana KTMB Dabong pada waktu malam. |
Kaunter tiket masih dibuka pada waktu malam. |
Restoran Route66 Dabong terletak bersebelahan dengan stesen KTMB Dabong dan dibuka pada waktu petang hingga malam. |
Paris air banjir yang berlaku pada tahun 1967 dahulu. Mungkinkah paras yang sama dengan banjir pada 2014? |
Boleh anda bayangkan betapa tinggi paras air banjir pada tahun 1967 dan 2014 yang lalu. Boleh memusnahkan kemudahan di stesen ini dan rel keretapi juga. |
Berdekatan dengan stesen KTM Dabong adalah Stesen Minyak Desa dan Restoran Route66 Dabong. |
Stesen minyak desa terletak berdekatan dengan stesen KTMB Dabong hanya dibuka pada waktu siang sahaja. |
Suasana Pagi di Stesen KTMB Dabong.
Berdekatan dengan stesen ini terdapat sekolah kebangsaan rendah dan menengah yang menjadi nadi pelajaran penduduk berdekatan. Jika pada waktu persekolahan, ramai murid dan guru akan menaiki keretapi untuk ke sekolah pada waktu awal pagi. Kemudian mereka akan pulang juga menaiki keretapi pada lewat tengahari.
Diorama waktu pagi di Stesen KTMB Dabong. |
Papan tanda lama di stesen yang juga lama. |
Ketibaan Tren Shuttle dari Tumpat pada jam hampir 7 pagi. Ini merupakan jadual harian. |
Salah seorang Video Blogger sedangan mengambil video ketibaan keretapi Shuttle dari Tumpat. |
Tren Shuttle dari Tumpat ini akan berhenti menunggu satu lagi Tren Shuttle dari Kuala Lipis pada jam 7.05 pagi. |
Tren Shuttle dari Kuala Lipis akan tiba kira2 10 minit kemudian. Kedua2 Tren berselisih. |
Suasana pagi jam 7 di Stesen KTMB Dabong penuh dengan penumpang. Tren henti (shuttle) dari Tumpat & Kuala Lipis telah tiba. |
Pada waktu hari2 persekolahan, ramai pelajar sekolah akan menggunakan keretapi untuk pergi dan balik sekolah di sini |
Terdapat juga pelacong2 luar negara suka menaiki keretapi lama di Pantai Timur Malaysia. |
Stesen KTMB Dabong pada waktu awal pagi sedang menunggu ketibaan tren shuttle. |
Comments
Post a Comment