Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang (Part 1: Perjalanan)


Pengenalan Taman Negara (Pahang, Kelantan & Terengganu)


Taman Negara adalah hutan simpan terbesar yang terletak di semenanjung Malaysia (yang kedua adalah taman Negara Endau Rompin). Ianya merangkumi tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu dan boleh diakses dari beberapa tempat. Antara akses yang paling popular ialah melalui kampung Kuala Tahan yang terletak dalam daerah Jerantut. Laluan akses lain yang popular adalah melalui Kuala Juram di Merapoh tetapi tidak semeriah melalui Kuala Tahan. Dua lagi laluan yang kurang popular adalah melalui Kuala Koh di Kelantan dan Tasik Kenyir dari Terengganu yang juga melalui jalan sungai.


Taman Negara mengandungi kekayaan flora dan fauna dengan hutan yang masih belum diteroka oleh jentolak (hutan dara). Terdapat sungai, bukit bukau, gunung ganang, gua, perkampungan orang asli, lubuk, jeram, dan berbagai2 lagi di dalam hutan simpan ini yang tidak didapati di hutan simpan kecil yang lain. Ini menyebabkan Taman Negara sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi eko pelancongan yang bersifat lebih semulajadi.




Laluan Memasuki Taman Negara Kuala Tahan




Laluan untuk memasuki Taman Negara Kuala Tahan sebenarnya boleh dilalui melalui jalan sungai iaitu dari jeti Kuala Tembeling. Tetapi kebanyakan pelancong sekarang lebih suka melalui jalan darat yang lebih mudah dan cepat. Pada waktu dahulu sebelum jalan utama dibina, laluan sungai lebih banyak digunakan. Sebelum tahun 2010, pengangkutan keretapi kerap digunakan untuk ke Taman Negara dan pelancong akan berhenti di stesen Jerantut (atau stesen kecil Kuala Tembeling) tetapi kini tidak lagi kerana jalan raya lebih diutamakan.

Namun begitu, memasuki Taman Negara Kuala Tahan melalui sungai sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri dari segi cabaran dan suasana sekeliling yang lebih menarik dengan alam semulajadi. Jeti Kuala Tembeling terketak kira2 15KM dari pekan Jerantut.
  



Hentian Rehat & Rawat Labu, Lapangan Terbang dan R&R Berdekatan


Jarak perjalanan dari simpang jalan besar ke Kampung Kuala Tahan adalah sekitar 60 KM. Dalam perjalanan ke Kuala Tahan anda akan melalui beberapa kawasan ladang felda dan perkampungan. Terdapat beberapa hentian di sepanjnag laluan ini.

Kawasan R&R Labu terletak ditengah2 perjalanan dari jalan besar simpang Jerantut ke Kuala Tahan dan anda perlu melalui kawasan perkampungai Merting untuk ke sini. Apa yang menarik di R&R ini adalah ianya boleh diakses melalui darat dan sungai menjadikan ia sangat menarik kerana terletak di sebelah sungai dengan pemandangan yang menarik.
















Selain R&R labu, terdapat satu lagi RnR yang teletak tidak jauh dari kampong Kuala tahan iaitu kira2 2 KM sebelum sampai ke kampong Kuala Tahan. RnR ini sebenarnya adalah pekan kecil yang menjadi lokasi persinggahan semua penduduk berdekatan.

Percaya atau tidak, terdapat lapangan terbang terletak berdekatan dengan pekan Kuala Tahan dan ini menjadikan Taman Negara juga ada Airport. Tetapi lapangan terbang ini bukanlah moden seperti yang disangka, malah ia adalah lapangan terbang tanah merah yang biasa anda lihat dalam filem2 barat dahulu.

Pesawat kecil boleh mendarat di lapangan terbang lama ini walaupun sebenarnya terdapat kemudahan pendaratan helikopter yang lebih popular dan mudah.
 






Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3