Aktiviti2
Menarik di Taman Negara & Kampung Kuala Tahan.
Antara aktiviti popular yang biasa
dijalankan di Taman Negara ialah jungle trekking atau melawat taman Negara
secara amnya dengan melalui kawasan denai hutan berdekatan. Pengunjung perlu
mendapatkan permit memasuki hutan dan permit kamera sebelum melakukan aktiviti
di dalam Taman Negara. Aktiviti asas merentas hutan akan membawa anda berpusing
ke hutan2 berdekatan resort yang terdapat bukit, jeti, laluan konopi, lubuk,
jambatan, pokok2, paya, pondok dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti asas
merentas hutan ini, anda akan dapat memahami serba sedikit tentang Taman Negara.
Ini kerana pada permulaan, pengunjung akan berasa keliru untuk melihat aktiviti
apa yang harus dilakukan kerana terlalu banyak aktiviti yang ditawarkan.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti2 yang boleh dilakukan di Taman Negara sehingga jika anda mengambil masa seminggu atau dua
minggu pun masih tidak cukup untuk melaksanakan semua aktiviti. Antara aktiviti yang popular ialah melawat perkampungan orang asli, melawat gua, menaiki bot
merentasi sungai2, memancing, bermandi manda, memasuki hutan lebih dalam,
melawat ke jeram2 dan air tejun, mendaki Gunung Tahan dan lain2 lagi. Begitu
banyak lokasi yang boleh dilawati samada dekat atau jauh. Ada aktiviti yang jauh
sehingga memakan masa lebih daripada 3 hari seperti mendaki Gunung Tahan.
Aktiviti bukan mengira waktu, ada aktiviti
waktu malam seperti mengembara ke dalam hutan pada waktu malam untuk
memerhatikan haiwan melalui pondok tinggi (bumbun). Menaiki pacuan empat roda untuk
memerhatikan haiwan2 liar dan bermacam2 lagi. Anda sebenarnya akan dibantu oleh Jurupandu/Guide dan kadangkala perlu menaiki bot untuk ke lokasi2 yang jauh. Malah, anda
juga boleh memilih untuk mendapatkan bantuan tukang masak jika mahu. Termasuklah juga bantuan tempat berteduh seperti khemah dan kemudahan lain. Ianya bergantung
kepada tahap kemampuan anda.
Jika anda mahu percutian mewah dan bersifat
semulajadi anda boleh menginap di Mutiara Resort di dalam Taman Negara. Mereka
menawarkan pakej2 sedemikian yang melibatkan aktiviti premium nature untuk anda yang
mempunyai kemampuan duit lebih.
Apapun, pengalaman melancong di Taman Negara
sebenarnya lebih luas dari yang anda jangkakan kerana peta pengambaraan ini
hanyalah mengabil kira pada jarak kurang dari 100 KM persegi sahaja sedangan taman
Negara lebih luas dari itu. Taman Negara juga sebenarnya melibatkan Tasik Kenyir dan lokasi2 hutan di sebelah utara lagi yang bersempadanan dengan
Kelantan dan Terengganu.
Satu lagi aktiviti yang digemari oleh Mat Salleh adalah melepak di kampong Kuala Tahan sambil bersiar2 menikmati suasana
kampong, berjalan2 ke lokasi menarik berdekatan, bersantai di chalet dan
menikmati masanan kampong ala barat yang menyelerakan. Walaupun kadangkala
mereka tidak memasuki Taman Negara, melakukan aktiviti ini juga dilihat menjadi
minat mereka.
Merentasi Jeti Taman Negara.
Untuk ke Jeti ini anda terlebih dahulu mestilah menaiki bot dari Jeti Kuala Tahan dengan bayaran RM1. Ada juga pelancong yang terus ke sini dengan menaiki bot dari Kuala Tembeling dengan menggunakan laluan sungai.
Kemudian, sampai di jeti anda harus menaiki tangga ke Pejabat Renjer yang terletak dalam kawasan Mutiara Resort. Sila lihat papan tanda arah lokasi.
|
Jeti Taman Negara & Bot |
|
Jeti Kecil Taman Negara |
|
Naik tangga untuk ke Mutiara Resort & Pejabat Renjer |
|
Kemudahan mengangkut beg ini untuk pelanggan Mutiara Resort sahaja. |
|
Peraturan supaya anda mendapatkan Permit Masuk & Lesen Kamera |
|
Papan Tanda Utama ini lokasi yang sesuai untuk bergambar |
|
Banjir besar pernah berlaku pada tahun 1971 dan lihat paras air sungai hampir menghampiri Mutiara Resort. |
|
Pandangan Jeti Kuala Tahan dari Mutiara Resort |
Mutiara
Taman Negara Resort, Pejabat Renjer & Perhilitan.
Mutiara Resort agak istimewa kerana ianya
satu2nya resort yang berada di dalam Taman Negara. Tidak diketahui mengapa Resort
ini boleh dibina di dalam Taman Negara tetapi ianya bagus untuk tujuan
pelancongan kerana ia memberikan kemudahan yang sangat premium khususnya kepada
pelancong2 asing/tempatan yang inginkan suasana hutan dan mewah. Resort ini
sebenarnya adalah resort berkonsepkan premium yang menawarkan segala kemudahan
bilik penginapan, cafeteria, integrasi aktiviti2 dan sebagainya untuk
pelancong terutamanya dari luar negara.
Apa yang menarik adalah Mutiara Resort, Pejabat Renjer & Pejabat Perhilitan sepertinya berkongsi ruangan kawasan yang sama. Anda harus terlebih dahulu ke Pejabat Renjer untuk membeli Permit masuk hutan dan Kamera. Di sini juga terdapat kaunter maklumat pelancongan dan galeri khas untuk bacaan pelancong. Banyak informasi boleh diperolehi di sini.
|
Selamat Datang ke Mutiara Resort Taman Negara |
|
Pejabat Khidmat Pelanggan Mutiara Resort. |
|
Restoran rasmi Mutiara Resort termasuk untuk urusan rasmi juga. |
|
Restoran Seri Mutiara tempat pelancong menikmati hidangan. Anda sendiri boleh cuba juadah di restoran ini jika mahu. |
|
Peta Mutiara Taman Negara serba sidikit untuk panduan. |
|
Papan Tanda Umum lokasi menarik di Taman Negara tidak jauh dari Pejabat Renjer. Jangan keliru dengan begitu banyak lokasi yang perlu dilawati. |
Pejabat Renjer (Memohon Permit & Lesen Kamera)
Sebelum melaksanakan aktiviti penjelajahan, anda harus memohon permit terlebih dahulu. Lokasi pejabat ini tidak berada di atas jeti tetapi anda harus berjalan sekitar 200 meter dari jeti untuk ke sini. Dari atas jeti tadi anda harus ambil bahagian kiri, jika ke kanan anda akan masuk ke kawasan penginapan Resort. Sila lihat papan tanda pejabat renjer atau tanya pegawai bertugas jika anda keliru, tetapi mudah sahaja sebenarnya.
|
Pejabat Renjer Taman Negara untuk anda memohon permit. |
|
Bayaran untuk permit masuk dan kamera. |
|
Selamat datang ke Taman Negara. Maklumat am. |
Pejabat Perhilitan & Pusat Interpretif Taman Negara.
Perjabat Perhilitan akan menguruskan segala urusan berkaitan dengan pendakian Gunung Tahan dan pengembaraan di kawasan Taman Negara yang memerlukan Jurupandu. Ini termasuklah pemeriksaan barangan yang akan dibawa masuk ke Taman Negara supaya anda juga membawa keluar barang yang sama. Sesiapa yang ingin melaksanakan aktiviti jarak jauh ke dalam Taman Negara harus mendaftarkan diri di sini dahulu bersama dengan Jurupandu sebagai rekod.
Terdapat beberapa kemudahan di pejabat ini seperti Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Video dan Bilik Interpretif Maklumat. Anda boleh melawat sebahagian bilik maklumat tersebut dan ada juga kemudahan perlu ditempah dahulu sebelum boleh digunakan.
|
Kompleks Pejabat Taman Negara untuk segala urusan rasmi di sini dan tempahan. |
|
Terdapat beberapa pejabat kerjaan di sini termasuk pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik video, bilik interpretif dan lain2. |
|
Kawasan Pelantar Pemeriksaan ini adalah untuk Pendaki Gunung (kembara jauh) mendaftarkan barangan/peralatan yang mereka bawa ke dalam Taman Negara |
|
Restoran kecil tradisional ini menjadi kedai makan utama pekerja dan pelawat di sini tetapi mungkin dibuka pada waktu puncak sahaja. |
|
Tidak jauh dari Pejabat Perhilitan adalah kawasan perkhemahan resort dan laluan masuk ke hutan |
|
Peraturan khas untuk sesiapa yang melaksanakan aktiviti perkhemahan. |
|
Tempat2 menarik yang berdekatan dari sini (walaupun jauh sebenarnya) |
Kemudahan2 Lain di Mutiara Resort (Kedai Mini/Cenderahati, Surau & Kelah)
Seperti resort2 utama yang lain, Mutiara Resort menawarkan kemudahan lengkap untuk pengunjung. Tidak kira anda mahu mendaki Gunung Tahan atau hanya berkunjung, segala kemudahan boleh digunakan atau diperolehi. Kedai runcit juga sangat lengkap sehingga anda boleh membeli segala keperluan mendaki walaupun anda tidak membawa apa2 sekalipun. Lihat galeri2 di bawah ini:
|
Kedai runcit mini yang boleh anda lawati. |
|
Cenderahati dan pakaian juga dijual di sini. |
|
Segala barangan asas terdapat di sini malah, anda juga boleh membeli barangan mendaki gunung di sini. |
|
Makanan2 ringan kering turut dijual untuk sebarang aktiviti berkhelah. |
|
Surau ini terletak di kawasan Mutiara Resort bahagian sebelah kanan |
|
Ikan Kelah Square terletak tidak jauh dari Surau (bahagian sebelah kanan Mutiara Resort) |
Galeri2 Peta dan Papan Tanda Bacaan di Mutiara Resort
Terdapat banyak peta2 dan papan tanda di Mutiara Taman negara yang kadangkala mengelirukan sesiapa yang baru pertama kali datang ke sini. Ini disebabkan maklumat yang disampaikan kelihatan hampir sama tetapi bentuk penyampaian yang berbeza. Oleh itu, anda harus mengambil masa untuk membaca sedikit dan memahami apakah yang hendak disampaikan oleh peta/papan tanda tersebut.
|
Peta Utama Rentis Taman Negara Kuala Tahan. Peta ini merangkumi keseluruhan kawasan Kuala Tahan. |
|
Zoom ke lokasi anda (Kuala Tahan) dan daya tarikan menarik terdekat. |
|
Peta Ariel Taman Negara keseluruhan merangkumi tiga negeri. |
|
Lokasi Taman Negara di Semenanjung Malaysia. Taman Negara lebih besar daripada Perlis, Penang & Melaka. |
|
Papan Tanda peringatan agar anda tidak lupa mendapatkan permit masuk. |
|
Rentis Bukit Teresik merupakan aktiviti asas yang boleh dilakukan di Taman Negara dan agak popular kepada orang baru. Kita akan melaksanakan rentis ini nanti. |
|
Petunjuk peta Rentis Bukit Teresik. |
Mendaki Gunung Tahan dari Kuala Tahan.
Salah satu aktiviti menarik/popular oleh pelancong tempatan dan luar negara adalah mendaki Gunung Tahan dari sini. Walaupun jauh, ianya memang satu pengembaraan menarik yang mengambil masa antara 5 hingga 7 hari bergantung kepada kemampuan individu.
Pendakian Gunung Tahan sebenarnya boleh menggunakan jalan darat atau sungai. Jalan darat adalah melalui denai yang biasa digunakan oleh pendaki biasa. Laluan sungai pula akan menaiki bot menyusuri sungai Tahan sehingga ke Kuala Teku atau Kuala Puteh. kemudian jalan darat akan digunakan. Kedua2nya mempunyai situasi pengambaraan yang berbeza.
Galeri2 di Pejabat Renjer untuk bacaan. Maklumat tentang Taman Negara.
Di kawasan Pejabat Renjer dan Resort, terdapat beberapa galeri bacaan yang menarik seperti di bawah. Tidak semua orang berminat tetapi jika anda berminat silakan baca. Mungkin terdapat galeri lagi di Pusat Interpretif tetapi tidak berkesempatan untuk melaksanakan lawatan.
|
Sejarah am Taman Negara |
|
Galeri Rentis Gunung Tahan. |
|
Sejarah Pendakian Gunung Tahan melalui Kuala Tahan. |
|
Lapisan2 di Hutan Hujan Tropika |
|
Flora dan Fauna di Taman Negara |
Comments
Post a Comment