Stesen KTMB Kuala Lipis, Pahang
Stesen
KTMB Kuala Lipis
Papan tanda lama di stesen yang masih kekal klasik. |
Stesen KTMB Kuala Lipis menjadi laluan utama untuk memasuki sektor KTM Kelantan sejak dari dahulu lagi. Stesen besar ini mempunyai kemudahan dan utiliti KTMB yang lebih menyeluruh berbanding stesen2 lain di Pahang. Kemudahan yang terdapat di stesen ini menjadikan ia sebagai stesen persinggahan logisitk dan teknikal untuk KTMB sektor Timur. Tambahan pula lokasinya yang terletak di tengah2 pekan Kuala Lipis lebih memudahkan perlaksanaan segala urusan ulang bekal.
Terletak di sebelah stesen ini adalah kedai
makan Bazaar yang terkenal dengan makanan tradisional seperti nasi kerabu dan
lain2. Pada waktu siang terutama tengahari, anda boleh menikmati makanan enak
ini. Selain itu, Maybank dan pasar juga terletak di sebelah stesen termasuklah
hotel bajet. Ramai peniaga2 kecil akan membeli atau menjual hasil tanaman
seperti sayur,cili dan lain2 di pasar tersebut. Mereka menggunakan keretapi
henti2 untuk ke destinasi ini.
Semestinya stesen ini dibuka 24 jam seperti
stesen2 klasik yang lain tetapi kaunter tiket dibuka berdasarkan waktu2
tertentu sahaja.
Pintu gerbang stesen KTMB Kuala Lipis |
Kedai makan Bazaar di hadapan Stesen KTMB Kuala Lipis menyediakan makanan yang menarik pada waktu tengahari. |
Stesen lama KTMB Kuala Lipis masih teguh. |
Stesen KTMB Kuala Lipis sejak 1926 walaupun terdapat sedikit pengubahsuaian. |
Apakah jenis pengangkutan ini? Mungkin digunakan oleh pekerja KTM pada waktu dahulu. |
Plarform sebelah kiri dengan Tren Shuttle sedang berhenti di stesen terakhirnya. |
Ruang menunggu Utama ini masih kekal dengan senibina lama |
Stesen ini terletak tidak jauh dari masjid di hadapan |
Stesen baru hanya terletak di sebelah stesen lama dan juga adalah sambungan di tapak asal. |
Stesen baru yang masih lagi dalam proses pembinaan |
Padangan stesen lama dari tapak pembinaan |
Platform Utama dan kawasan menunggu |
Kemudahan surau atau nama klasiknya Musalla (arab) |
Papan Tanda (Galeri) Sejarah dan Destinasi Pelancongan
Di stesen keretapi lama ini terdapat
sedikit maklumat pelancongan menarik yang boleh dibaca dan tidak terdapat di
banyak stesen yang lain. Satu perkara yang mungkin pihak KTMB terlepas pandang
adalah mereka kurang membuat pengiklanan tentang pelancongan menaiki keretapi. Sebenarnya
ramai pelancong asing meminati sistem keretapi klasik Malaysia yang hanya wujud
di laluan timur sahaja. Antara lokasi menarik untuk melancong di lokasi
berdekatan adalah Taman Rimba Kenong dan Homestay Sungai Medang.
Papan tanda iklan Kenong Rimba Park |
Pelancongan Homestay di Kuala Lipis |
Lokasi2 menarik berdekatan dengan pekan Kuala Lipis |
Sejarah awal Kuala Lipis. |
Bangunan2 bersejarah di sekitar pekan Kuala Lipis. |
Bangunan2 bersejarah di sekitar pekan Kuala Lipis. |
Kedai makan 24 jam ada tak Yan berdekatan ngan trainstation , terima kasih sudi jawab
ReplyDelete