Posts

Showing posts with the label #KTMKualaLipis

Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Dari Stesen KTMB Kuala Lipis ke Gua Musang (Part 3)

Image
Laluan KTMB Kuala Lipis ke Gua Musang. Stesen2 besar yang akan ditempuhi adalah Stesen KTMB Kuala Lipis, Merapoh dan Gua Musang. Stesen Merapoh adalah asalnya stesen kecil yang kini Ekspress Timuran akan singgah berhenti.  Stesen2 kecil yang akan dilalui termasuklah Padang Tungku dan Cegar Perah. Stesen2 pondok adalah Bukit Betong, Kampung Berkam, Aur Gading, Sungai Temau, Telok Gunung dan Mentara Baru. KUALA LIPIS – Padang Tungku – Bukit Betong – Kampung Berkam – Aur Gading - Cegar Perah – Sungai Temau – Telok Gunung - MERAPOH – Mentara Baru - GUA MUSANG. STESEN KTMB KUALA LIPIS.   Stesen KTMB Padang Tungku. Ini bukanlah Stesen sebenar Padang Tungku kerana ini hanyalah sementara sahaja. Stesen baru masih belum dibuka walaupun kelihatan hampir siap pada January 2020. Bangunan lama stesen kecil masih lagi kelihatan di sebelah stesen baru. Stesen Pondok Bukit Betong. Terdapat stesen kecil di sini tetap...

Stesen KTMB Kuala Lipis, Pahang

Image
Stesen KTMB Kuala Lipis Papan tanda lama di stesen yang masih kekal klasik. Stesen KTMB Kuala Lipis menjadi laluan utama untuk memasuki sektor KTM Kelantan sejak dari dahulu lagi. Stesen besar ini mempunyai kemudahan dan utiliti KTMB yang lebih menyeluruh berbanding stesen2 lain di Pahang. Kemudahan yang terdapat di stesen ini menjadikan ia sebagai stesen persinggahan logisitk dan teknikal untuk KTMB sektor Timur. Tambahan pula lokasinya yang terletak di tengah2 pekan Kuala Lipis lebih memudahkan perlaksanaan segala urusan ulang bekal. Terletak di sebelah stesen ini adalah kedai makan Bazaar yang terkenal dengan makanan tradisional seperti nasi kerabu dan lain2. Pada waktu siang terutama tengahari, anda boleh menikmati makanan enak ini. Selain itu, Maybank dan pasar juga terletak di sebelah stesen termasuklah hotel bajet. Ramai peniaga2 kecil akan membeli atau menjual hasil tanaman seperti sayur,cili dan lain2 di pasar tersebut. Mereka menggunakan keretapi henti2 untuk...