Berjaya Resort Bukit Tinggi, Bentong, Pahang


Bukit Tinggi (Berjaya Resort), Bentong, Pahang.

Terletak di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang berdekatan dengan Genting Sempah dan Janda Baik. Kampung Bukit Tinggi sebenarnya adalah sebuah kawasan kampung dan hutan sepertimana Janda Baik. Syarikat Berjaya Berhad telah mengambil sebahagian kawasan di Bukit Tinggi (kawasan berbukit) untuk dijadikan sebagai Resort bersepadu yang mengandungi banyak tempat2 pelancongan menarik. Kampung Bukit Tinggi dan Berjaya Resort Bukit Tinggi adalah dua lokasi berbeza tetapi terletak dalam kawasan Bukit Tinggi.

Berjaya Resort ini merupakan Resort integrasi alam semulajadi yang terdapat banyak kemudahan dan bangunan menarik. Banyak aktiviti bersifat eko pelancongan yang boleh dijalankan di sekitar resort ini seperti mengembara ke dalam hutan, berkhelah, berehat santai, aktiviti sukan ekstrem dan  sebagainya.

Selain aktiviti eko pelancongan yang banyak boleh dijalankan, antara daya tarikan di sini adalah bangunan dan suasana yang membuatkan seolah2 anda berada di luar negara seperti di Eropah dan Jepun. Jika berada di sini, anda seperti tidak perlu melancong jauh ke luar negara kerana di sini sudah dapat merasai suasana tersebut. Lokasi resort2 di sini sesuai untuk bergambar dan bersantai.

Perjalanan ke Berjaya Resort Bukit Tinggi adalah melalui lebuhraya Karak. Jika anda dari Gombak, teruskan pejalanan melalui lebuhraya Karak dan melepasi Kg Bukit Tinggi sehingga anda berjumpa susur ke kiri untuk ke Berjaya Resort. Dari susur keluar lebuhraya, jarak ke Resort adalah kira2 10 KM. Untuk masuk ke resort ini, bayaran RM16 akan dikenakan setiap seorang pengunjung dan boleh terus bayar di kaunter masuk kereta. Pastikan juga minyak di tangki anda mencukupi.

Daya tarikan di sini ialah:


Colmar Resort

Mana2 pengunjung yang datang akan singgah dan parking di sini kerana Colmar merupakan pusat resort yang menjadi tempat pengunjung berkumpul terlebih dahulu. Di Resort Colmar terdapat ruang parking yang luas dan Bas Transit untuk ke Japanese Vilage dan Rabbit Park. Pengunjung akan menaiki bas transit yang beroperasi setiap 30 minit untuk ke lokasi2 tadi samada pergi dan balik.

Selain itu, terdapat beberapa Resort/Hotel ala barat, Istana lama, kolam, Binaan dan Hiasan yang menarik untuk dilawati. Terdapat banyak restoran berkonsepkan barat dan tradisional untuk pengunjung menikmati hidangan. Kemudahan2 lain seperti kedai serbanika dan surau turut disediakan.

Segala aktiviti2 menarik yang berkonsepkan alam semulajadi boleh ditempah di beberapa kaunter yang terdapat di pejabat resort Colmar. Banyak aktiviti sukan ekstrim dijalankan di lokasi lain yang terletak di dalam hutan berdekatan seperti Flying Fox, Night Jungle Trekking, Paint Ball Challenge, Canopy Walk dan sebagainya. Anda boleh menginap di hotel/resort di sini jika mahu melaksanakan banyak aktiviti atau jika tidak, boleh balik hari sahaja.

Terdapat menara pandang di hujung resort yang boleh dinaiki oleh pengunjung untuk menikmati pemandangan yang lebih indah. Selain itu, kemudahan Kolam Mandi juga disediakan untuk sesiapa yang ingin mandi dan berenang. Terdapat juga taman permainan kecil untuk dikunjungi seperti Dinasour Land dan Memanah.


Selamat datang ke Colmar Resort.


Istana lama yang juga tempat parking kereta di atasnya.


Kolam kecil untuk bergambar


Bas Transit untuk ke Japanese Garden terutama seklai.


Bas transit dan lokasi menunggu Bas Transit.


Colmar Resort dengan suasana seperti di negara2 Eropah.


Jambatan kecil laluan masuk ke Colmar sesuai untuk bergambar.


Taman Dinosar lebih sesuai untuk kanak2.


Permainan Memanah disediakan tetapi kena bayar.


Kolam besar terdapat banyak ikan dan ada Itik Angsa berenang.


Suasana di laluan utama Colmar Resort


Terdapat banyak restoran menarik ala barat, kedai cerderahati dan resort penginapan.






Kedai Cenderahati di sebelah Menara Pandang.





Rekabentuk bangunan dan suasana seperti di luar negara.


Kolam renang untuk anda bermandi manda.


Suasana di Colmar Resort dengan pandangan dari Menara Pandang.





Terdapat kedai kopi Starbucks di bawah.


Kolam besar tadi, ini pandangan dari jambatan.











Japanese Village & Garden

Terletak kira2 4KM dari Resort Colmar, anda perlu menaiki bas transit untuk ke sini dan boleh juga menaiki kenderaan sendiri jika mendapat kebenaran. Apakah yang terdapat di Japanese Garden? Ada dua tarikan utama iaitu Taman Botanikal dan Taman Tradisional Jepun (Japanese Village & Garden). Taman Tradisional Jepun mungkin lebih menarik dan popular kerana terdapat rumah tradisional, spa dan taman bunga yang indah. Sementara Taman Botanikal mempamerkan tanaman hiasan dan bunga2 yang menarik untuk dilihat sambil menikmati makanan di sebuah restoran kecil.

Lawatan di Japanese Village & Garden lebih berkonsepkan santai dan rehat sambil mengambil gambar di beberapa lokasi menarik. Tiada restoran di sini dan anda biasanya tidak mengambil masa terlalu lama untuk melawat ke sini. Terdapat bebarapa kemudahan di sini yang anda harus tempah dahulu untuk menggunakannya seperti spa dan resort.


Menaiki bas transit ke Japanese Village


Papan tanda Japanese Village di tempat parking.





Tempat parking di Japanese Village jika bawak kereta.


Papan tanda masuk Japanese Village. Perlu berjalan kira2 500 meter untuk ke sini dari tempat parking tadi.



Botanical Garden
Botanical Garden. Pintu masuk.


Peta Botanical Garden


Sedikit maklumat tentang bunga2 yang ditanam di sini





Banyak koleksi pokok2 bunga di sini untuk peminat2 bunga.






 Japanese Garden & House
Pintu gerbang masuk tempat bergambar


Laluan perjalanan di sini dikelilingi keindahan taman bunga


Kolam ikan di tengah2 taman. Sesuai untuk bergambar.



Perkhidmatan sewa Kimono ini untuk perempuan sahaja. Mungkin juga lelaki boleh mencuba.


Rumah tradisional Jepun yang boleh dikunjungi.


Rumah tradisional Jepun berdekatan dengan kolam.




Tatami Spa yang perlu ditempah jika mahu menggunakannya.


Tatami Suite perlu ditempah dahulu jika mahu menginap di sini.


Sarang labah2 dan seekor labah2 yang besar di taman ini.


Menikmati keindahan taman bunga dan perkampungan kecil Jepun ini.




Rabbit Park

Lokasi Taman Arnab sebenarnya terletak di simpang kiri sebelum anda sampai ke pintu masuk Berjaya Hill Resort atau Colmar tadi. Tetapi pengunjung biasanya akan melawat Colmar terlebih dahulu dan membeli tiket masuk sebelum ke Japanese Garden atau Taman Arnab. Walaupun anda boleh datang ke sini menaiki bas transit, namun lebih baik jika menaiki kenderaan sendiri apabila hendak pulang kerana lokasinya adalah dalam laluan balik. Kecuali jika anda memang menginap di Resort Colmar.

Apa yang terdapat di Taman Arnab adalah beberapa ekor arnab yang jinak dan pondok rehat/santai. Mungkin kanak2 lebih meminatinya namun Taman Arnab boleh menjadi lokasi anda mengambil gambar walaupun tidak banyak lokasi untuk dilawati di sini.


Taman Arnab yang sebenarnya terletak dekat dengan padang golf sebelum sampai ke resort.


Taman permainan


Dikatakan hanya terdapat lapan ekor arnab di sini.






Lain2 Tarikan : Padang Golf yang terletak bersebelahan dengan Taman Arnab.

Aktiviti Yang Boleh Dijalankan : Junggle Trekking, Flying Fox, Mini Conopy Walk dan lain2. Sila rujuk di resort Colmar berdekatan dengan pintu masuk untuk sebarang tempahan.


Lawatan dan kunjungan ke Berjaya Hill Resort akan lebih menarik jika banyak aktiviti bersifat lasak dilaksanakan yang melibat hutan dan pengembaraan. Namun, boleh juga melaksanakan aktiviti percutian keluarga sambil menikmati suasana seperti di luar negara.




Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3