Kampung Janda Baik & Gunung Nuang, Bentong, Pahang


Kampung Janda Baik & Gunung Nuang

Terletak di daerah Bentong, Pahang dan berdekatan dengan R&R Genting Sempah. Juga terletak bersebelahan dengan Bukit Tinggi dan Genting Highland. Untuk ke sini biasanya anda perlu melalui Lebuhraya Karak samada dari Gombak, Bentong atau Batang Kali (melalui Genting Highland).

Apa yang menarik di Janda Baik adalah ianya merupakan perkampungan yang bersifat hutan semulajadi. Lokasi Kampung Janda Baik dikelilingi oleh hutan2 dan bukit bukau. Terdapat gunung yang berketinggain 1479 meter yang boleh didaki melalui kampong Janda Baik iaitu Gunung Nuang. Di Janda Baik terdapat banyak resort2 yang menawarkan penginapan berkonsepkan santai kampong dengan kedudukan bersebelahan dengan sungai yang mengalir dari Gunung Nuang.

Terdapat banyak resort2 di Kampung Janda Baik sehingga anda sendiri pun akan keliru untuk memilih yang mana satu kerana kebanyakannya mempunyai daya tarikan tersendiri. Sungai yang mengalir dari Gunung Nuang dan bukit2 berdekatan menambah lagi keindahan resort2 di sini. Di laman web ini hanya akan melihat sebuah resort berdekatan dengan Pulau Santap.

Anda boleh mendaki Gunung Nuang dari Janda Baik yang merupakan salah satu laluan pendakian ke Gunung Nuang selain dari Kampung Pangsun, Hulu Langat. Trek melalui Janda Baik lebih mudah dan boleh didaki dalam masa sehari sahaja.


Antara kawasan resort menarik di Janda Baik adalah di Pulau Santap ini.


Masjid di Kampung Janda baik bersebelahan dengan sekolah.





101 Resort adalah antara resort menarik yang terdapat di sini.





Sungai yang mengalir dari Gunung Nuang


ATV Ride di kawasan Pulau Santap tidak jauh dari simpang tadi


ATV Ride. Tarikan penting di Kampung Janda Baik


Laluan track ATV Ride




Lokasi Permulaan Mendaki Gunung Nuang.
Gunung Nuang yang merupakan gunung tertinggi di Selangor adalah sangat terkenal di kalangan pendaki tetapi kebanyakannya akan mendaki dari Kampung Pangsun, Hulu Langat. Hanya sekitar 10% akan mendaki dari Janda Baik mungkin kerana terletak agak jauh dari Kuala Lumpur berbanding Hulu Langat.

Lokasi permulaan mendaki Gunung Nuang adalah dari kebun di mana anda perlu meneruskan perjalanan memasuki Kampung Janda Baik sehingga memasuki jalan raya sempit selorong. Lokasi ini terletak di hujung kampung dan berdekatan dengan kebun dengan keadaan jalan agak sedikit berlubang. 

Kebiasaannya pendaki akan parking kereta di sebuah lot yang kini dikenali sebagai Nuang Homestay & Campsite yang terletak di sebelah sungai. Ia betul2 berdekatan dengan Starting Point untuk mendaki. Terdapat kemudahan2 asas di Campsite ini yang lebih memudahkan pendaki. Bayaran Rm10 ke RM15 dikenakan untuk sekali parking. Jika anda mahu parking lagi murah, boleh terus sedikit ke hadapan untuk satu lagi lot parking kecil dengan harga RM5 sahaja.

Keadaan jalan yang sempit untuk lokasi permulaan mendaki Gunung Nuang


Tempat Parking Kereta yang betul2 di sebelah starting point.


Kemudahan parking di sini lebih meyakinkan


Terdapat kemudahan restoran mini untuk makan2


Kemudahan tandas, tempat mandi, surau dan chalet.





Starting Point untuk mendaki harus merentasi sungai ini dahulu.



Kawasan Parking Tambahan

Dari Starting Point ini, teruskan memandu sekitar 200 meter di hadapan ada lagi kawasan parking murah.


Ruang parking di hujung jalan ini lebih murah walaupun agak terhad


RM5 untuk parking sahaja. Tiada kemudahan lain.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3