Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang (Part 2: Kampung Kuala Tahan)



Kampung Kuala Tahan (Laluan Masuk Ke Taman Negara)

Kampung Kuala Tahan adalah kampong terakhir sebelum memasuki Taman Negara yang dipisahkan oleh Sungai Tembeling. Selepas anda melalui kawasan2 Felda dan Felcra, anda akan berjumpa dengan perkampungai kecil Kuala Tahan ini yang terdapat banyak kemudahan kecuali stesen minyak besar. Selain suasana perkampungan biasa, Kuala Tahan mengandungi banyak Resort2 dan Chalet2 untuk menginap. Kebanyakannnya diusahakan oleh penduduk tempatan yang menjadikan sebahagian kediaman mereka sebagai chalet atau resort. Konsep resort adalah samada anda mahu menyewa bilik atau dorm. Bilik biasanya untuk penginapan 2 orang sementara dorm boleh memuatkan antara 4 hingga 8 orang.

Selain resort2 dan chalet2 kecil yang terletak berdekatan jeti Kuala Tahan, terdapat juga Resort2 besar yang popular iatu Xcape Resort yang terletak tidak jauh dari lokasi parking kenderan utama. Xcape Resort menawarkan penginapan yang lebih premium dan besar sesuai untuk pelancongan berkapasiti besar dan berkumpulan. Hanya terdapat satu sahaja Resort yang terletak selepas sungai Tembeling dan terletak dalam Taman Negara iaitu Mutiara Taman Negara.

Kampung Kuala Tahan turut mempunyai sekolah dan kedai2 makan yang menarik. Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan turut mempunyai murid orang asli yang berulang alik ke sekolah menaiki bot. Jika berpeluang, anda boleh melihat mereka jika anda melancong pada waktu persekolahan. Di depan sekolah ada banyak kedai makan yang menarik dan berkonsepkan pelancongan ala barat tradisional. Makanan yang disediakan agak sedap dengan rasa yang berbeza sesuai dengan citara pelancong dari barat yang ramai mengunjungi Taman Negara ini.

Simpang ke Sungai Timang kira2 2KM sebelum sampai ke Kuala Tahan. Teruskan perjalanan anda ke Kuala Tahan.


Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan juga ramai murid2 orang asli belajar di sini. Sampai sahaja di Kuala Tahan anda akan jumpa sekolah ini.


Kedai2 makan yang terdapat berhadapan sekolah ada yang dibuka dari waktu awal pagi hingga lewat malam.




Resort2 & Chalet2. Parking Kenderaan.

Kemanakah anda harus tuju apabila sampai di Kuala Tahan? Benar, tempat penginapan dan parking kenderaan adalah perkara yang harus diselesaikan dahulu. Jika bukan musim puncak seperti cuti sekolah, parking kenderaan bukanlah masalah utama tetapi pada waktu puncak ada tersedia lokasi parking besar di Kampung ini. 
Masuk simpang di hadapan sekolah kemudian ambil simpang kanan untuk ke lot parking utama. Jika anda sudah menempah Resort2 kecil, parking adalah terhad dan bergantung kepada pengusaha resort jika mereka ada ruang parking lagi. Oleh itu, membuat tempahan awal adalah penting jika anda datang ke sini pada musim cuti sekolah agar tidak kelam kabut.

Terdapat juga parking besar berdekatan Jeti Kuala Tahan tetapi agak sesak pada musim puncak.


Abot Guest House. Menawarkan bilik.


Restoran2 menarik berdekatan dengan Resort2 kecil di Kampung ini.


Pada asalnya kampung Kuala Tahan adalah penempatan penduduk dan kini telah diubah menjadi banyak Resort.


Pandangan perkampungan Kuala Tahan pada awal pagi


Restoran2 yang terdapat berdekatan dengan Guest House & Resort.


Di kawasan Resort2 dan Chalet2 ini juga terdapat perkhidmatan untuk melaksanakan aktiviti di Taman Negara.




Teresek View Motel antara hotel bajet yang menarik di sini. Terletak tidak jauh dari jeti Kuala Tahan tetapi hanya bilik sahaja ditawarkan.


Xcape Resort adalah antara Resort premium yang terdapat di Kampung Kuala Tahan untuk penginapan lebih selesa. Ruang parking juga ada banyak.




Pejabat Maklumat Pelancongan (Tourist Information Centre)

Sampai di Kampung Kuala Tahan, Jika anda terus dan melepasi sekolah anda akan menemui pejabat pelancongan yang terletak di hujung. Ia tidak jauh dari jeti dan berada di atas bukit. Pusat Maklumat Pelancong bertujuan memberi segala maklumat dan bantuan untuk mereka yang ingin melaksanakan aktiviti pelancongan di Taman Negara. Maklumat serta kemudahan tempahan pengangkutan juga disediakan untuk pelancong transit ke Kuala Lumpur, Penang, Melaka dan Kuala Besut.

Tidak kira pelancong asing atau tempatan pusat ini menawarkan pekhidmatan nasihat di samping memberi bantuan logistik. Anda boleh mendapatkan maklumat am tentang aktiviti2 yang biasa dilakukan di Taman Negara termasuklah peta lokasi. Ini penting untuk anda memahami apa yang terdapat di Taman Negara dan membuat perancangan aktiviti yang hendak dilakukan.


Papan Tanda ini terletak selepas sekolah dan sebelum bangunan Pusat Maklumat Pelancong.

Tourist Information Centre atau Pejabat Maklumat Pelancongan yang perlu anda kunjungi.

Ini adalah mercu tanda pelancongan oleh Tourism Malaysia yang sudah lama tetapi tidak dapat di baca kerana sudah pudar.


Sukar untuk mebaca maklumat ini kerana tulisannya sudah pudar.


Segala aktiviti2 di Taman Negara ada diiklankan di sini.


Terdapat beberapa bangunan kecil berdekatan Tourist Centre yang menawarkan perkhidmatan untuk pelancongan.


Pandangan sungai dari atas bukit berdekatan Tourist Centre.

Pandangan Jeti Kuala Tahan dari atas bukit. Ada tangga untuk anda menuruni bukit.




Jeti Taman Negara & Jeti Kuala Tahan

Jeti Kuala Tahan terletak tidak jauh dari Pusat Maklumat Pelancong dan boleh diakses menggunakan kenderaan biasa. Anda harus mengambil jalan kecil (simpang ke kanan) yang terletak di hadapan sekolah tadi.

Jeti Kuala Tahan menghubungkan antara kampung Kuala Tahan dan Taman Negara yang dipisahkan oleh Sungai Tembeling. Lokasi jeti ini juga merupakan cantuman antara dua sungai iaitu Sungai Tahan dan Sungai ?. Anda perlu menaiki bot untuk merentasi sungai ini dan memasuki pintu masuk ke Taman Negara. Berdekatan dengan jeti terdapat kedai2 makan terapung yang menarik untuk dikunjungi kerana makanan bukan sahaja enak, malah pemandangan juga sangat indah. Ramai pelancong2 asing terutama mat saleh suka melepak dan makan di restoran terapung ini kerana suasana yang santai dan tenang sambil boleh berehat2.

Jika anda menaiki bot dan merentasi sungai, anda perlu membayar RM1 sebagai kos menaiki bot. Tidak diketahui mengapa jambatan merentasi sungai tidak dibina walaupun jarak sungai mungkin hanya hampir 200 meter sahaja. Mungkin kerana untuk mengelakkan daripada Taman Negara dicerobohi sewenang2nya atau mengelakkan pencemaran. Selepas sampai ke jeti taman Negara anda akan naik ke atas untuk memasuki pejabat Perhilitan/Taman Negara dan melihat sebuah resort yang tersergam indah tadi iaitu Mutiara Taman Negara Resort.

Pandangan petang di Jeti Kuala Tahan yang terdapat bot2 dan restoran. Boleh dikatakan restoran terapung ini juga menjadi jeti untuk bot bertambat.

Kawasan jeti Kuala Tahan ada banyak parking kenderaan terutama untuk mengambil pelancong, logistik atau untuk ke kedai makan.

Bot merentasi sungai akan beroperasi sehingga lewat malam dengan bayaran RM1 sekali naik.

Menaiki bot menyusuri sungai ke Jeti Kuala Tahan untuk ke Taman Negara.




Jeti Taman Negara dan kelihatan Mutiara Resort.


Pandangan Jeti Kuala Tahan dari bot.


Pandangan dari bot untuk kembali ke Jeti Kuala Tahan pula.




Makan2 Di Restoran Terapung.

Pandangan Jeti Taman Negara dari Restoran Terapung.

Restoran terapung juga adalah jeti dan stor barang.


Ramai pelancong asing barat suka menikmati makanan di restoran2 terapung ini.


Kuala Tahan merupakan lokasi pertemuan dua sungai. Sungai dihadapan adalah Sungai Tahan.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3