Muzium Orang Asli Gombak, Selangor


Muzium Orang Asli Gombak, Selangor.

Muzium khas ini diuruskan di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JKHEOA) yang bertujuan untuk memberikan maklumat kepada orang ramai tentang sejarah dan perkembangan orang asli di Malaysia. Muzium ini memberi fokus kepada semua orang asli yang terdapat di semenanjung Malaysia tidak termasuk di Sabah & Sarawak.

Namun begitu, lokasi muzium ini agak terpencil kerana terletak di jalan pedalaman Gombak ke Genting Sempah dan tidak boleh diakses terus melalui lebuh raya Karak. Ini menyebabkan bilangan pengunjung ke muzium ini agak kurang dan sunyi.

Tidak ada daya tarikan khusus di muzium dua tingkat ini dan kesemuanya hanyalah seperti biasa namun kelainan muzium ini ialah ianya memberi penerangan tentang orang asli di mana tidak banyak muzium yang menceritakan tentang hal ehwal orang asli.

Penerangan yang diberikan oleh muzium ini lebih lengkap jika dibandingkan dengan muzium2 lain kerana ianya menceritakan tentang sejarah, budaya, dan kehidupan orang asli di semenanjung Malaysia. Tambahan lagi, tingkat atas menceritakan tentang kemajuan dan masa depan orang asli yang merupakan aspek penting kepada mereka untuk zaman moden ini.



Galeri2 Luar











Galeri Tingkat Bawah
























Galeri2 Tingkat Atas






Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang