Kluang KTMB Station, Johor


Kluang KTMB Station


Papan tanda baru juga sudah usang.


Stesen KTMB bersejarah ini memang terletak di tengah2 bandar Kluang yang dahulu merupakan pekan koboi sahaja. Pada Jan 2020, stesen lama masih lagi digunakan seperti biasa kerana projek landasan berkembar masih dalam proses pembinaan. Oleh itu, suasana dan diorama klasik stesen lama masih dirasai di sini.

Apa yang menarik di stesen Kluang yang mungkin tidak banyak terdapat di stesen klasik lain adalah wujudnya kedai kopi terkenal di sini. Ramai orang yang datang ke stesen ini untuk makan di kedai kopi berbanding unutk menaiki keretapi. Ini menyebabkan stesen ini kelihatan sangat meriah.

Walaupun perkhidmatan shuttle lama tidak lagi beroperasi di sektor KTMB Selatan, kehadiran tiga tren Ekspress dan ekspress Timuran memberikan kelebihan untuk stesen KTM ini hidup walaupun tidak semeriah dahulu.

Tidak diketahui adakah stesen KTM Kluang yang baru akan dibina di sini ataupun di tempat lain ataupun adakah stesen ini akan dirobohkan. Lihat galeri2 di bawah untuk maklumat lanjut.


Stesen KTMB Kluang memang terletak betul2 di bandar Kluang yang semakin membangun.





Kluang Rail Coffe memang terkenal di sini.


Kedai kopi (Kluang Rail Coffe) yang betul2 terletak di stesen KTM Kluang sentiasa penuh dan ramai pengunjung.


Decoration (hiasan) Tayar Papan Tanda di Platform 2.


Kawasan rehat/menunggu yang juga adalah berdekatan dengan Kedai Kopi.








Papan tanda lama dan baru masih kekal teguh


Platform sebelah kiri.


Jejambat klasik yang masih kekal relevan.


Berhadapan dengan stesen ini adalah jambatan yang mungkin adalah laluan rel keretapi akan datang?


Pejabat stesen



Semua tren penumpang akan berhenti di Stesen KTMB Kluang. Cuma tiada lagi tren henti2 shuttle seperti dahulu yang telah ditamatkan perkhidmatannya.










Tren Ekspress sedang berhenti sebentar di stesen KTM Kluang.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang