Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu

Pemandangan Pantai di Pulau Perhentian Besar Pulau Perhentian terletak berdekatan dengan Kuala Besut, Terengganu dan Pantai Tok Bali, Kelantan. Jaraknya dari pantai sekitar 20 hingga 30 KM atau sekitar 15 Batu Nautika. Lokasinya adalah berdekatan dengan sempadan Kelantan dan Terengganu. Jarak pulau dengan lokasi darat terdekat iaitu Kuala Besut adalah sekitar 20 KM. Ini menyebabkan ramai pelancong akan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan menaiki bot ke pulau adalah sekitar 45 minit hingga ke satu jam. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Semestinya Pulau Perhentian Besar lebih luas tetapi Pulau Kecil lebih meriah kerana di sini terletaknya Kampung Nelayan. Walaupun terdapat banyak pulau di Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian menjadi pilihan kerana keindahan pantainya dan banyak aktiviti serta lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Tambahan pula, pulau Perhentian mempunyai kemudahan penginapan dan servis yang lebih...