Gunung Berembun, Bangkai Kapal Terbang & Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan

Terletak di Pantai, Negeri Sembilan, Gunung Berembun merupakan Gunung yang terkenal oleh seluruh pendaki di Malaysia kerana terdapat bangkai kapal terbang ketika zaman perang dunia kedua terhempas di sini pada tahun 1945. Terletak kira-kira 20KM dari Bandar Seremban, Gunung Berembun belum dibangunkan sebagai pusat Eco Tourism kerana mungkin ruang tapaknya yang sempit dan berbukit bukau. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang berkhelah di Lata Berembun, boleh klik di link ini . Permit untuk mendaki adalah RM5 dan boleh didapati di pondok renjer pada hujung minggu. Pendakian pada hari biasa perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Hutan Negeri Sembilan. Tetapi tiada kemudahan asas yang terdapat di sini dan anda perlu mencari sendiri kemudahan tersebut. Tiada tandas, kedai makan, surau, pejabat dan lain2. Oleh itu, sebelum mendaki anda perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas. Kebiasaannya pendaki berpengalaman akan mendaki gunung ini. Terdapat ...