Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Dari Stesen KTMB Kuala Lipis ke Gua Musang (Part 3)

Laluan KTMB Kuala Lipis ke Gua Musang. Stesen2 besar yang akan ditempuhi adalah Stesen KTMB Kuala Lipis, Merapoh dan Gua Musang. Stesen Merapoh adalah asalnya stesen kecil yang kini Ekspress Timuran akan singgah berhenti. Stesen2 kecil yang akan dilalui termasuklah Padang Tungku dan Cegar Perah. Stesen2 pondok adalah Bukit Betong, Kampung Berkam, Aur Gading, Sungai Temau, Telok Gunung dan Mentara Baru. KUALA LIPIS – Padang Tungku – Bukit Betong – Kampung Berkam – Aur Gading - Cegar Perah – Sungai Temau – Telok Gunung - MERAPOH – Mentara Baru - GUA MUSANG. STESEN KTMB KUALA LIPIS. Stesen KTMB Padang Tungku. Ini bukanlah Stesen sebenar Padang Tungku kerana ini hanyalah sementara sahaja. Stesen baru masih belum dibuka walaupun kelihatan hampir siap pada January 2020. Bangunan lama stesen kecil masih lagi kelihatan di sebelah stesen baru. Stesen Pondok Bukit Betong. Terdapat stesen kecil di sini tetap...