Galeri Diraja Tuanku Jaafar, Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan.
Terletak di Jalan Taman Bunga, kawasan Taman Tasik Seremban iaitu berdekatan dengan Pokok Getah Pertama Negeri Sembilan dan Taman Malaysia. Galeri Diraja Tuanku Jaafar adalah sebuah bangunan bersaiz sederhana (lebih 5 aras) yang mempunyai banyak kemudahan. Jika dilihat namanya, mungkin kita beranggapan bahawa lokasi ini akan memaparkan gambar-gambar koleksi Al-Marhum Tuanku Jaafar suatu ketika dahulu. Memang benar banyak gambar-gambar yang dipamerkan tetapi ada banyak lagi koleksi menarik yang boleh dilihat di sini. Bayaran masuk RM 10 akan dikenakan kepada pengunjung dan RM 5 untuk kanak-kanak. Al-Marhum Tuanku Jaafar ibnu Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan memerintah antara tahun 1967 hingga 2008. Baginda juga telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-10 pada tahun 1994 hingga 1999. Galeri ini diinspirasikan oleh Baginda sebagai penghormatan dan untuk mempamerkan kepada rakyat jelata berkaitan dengan sejarah hidup Baginda. Se...