Tempat-Tempat Menarik Jalan Lama Genting Sempah ke Bentong, Pahang
Walaupun kebanyakan orang akan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, tetapi terdapat sebilangan kecil akan melalui jalan lama ini atas sebab-sebab tertentu. Jika anda melalui Jalan Lama dari Gombak ke Genting Sempah, kebanyakannya adalah dalam kawasan Daerah Gombak dan hutan. Sementara Jalan Lama Genting Sempah ke Pekan Bentong pula keseluruhannya melalui Daerah Bentong, Pahang. Dari Genting Sempah (kebiasaannya R&R), anda akan melalui Simpang ke Janda Baik, Kampung Bukit Tinggi, Laluan Bengkang Bengkok tepi hutan/sungai dan seterusnya pekan Bentong. Laluan ini adalah sepanjang hampir 30KM. Berikut adalah laluan yang akan anda tempuhi apabila melalui Jalan Lama ini (bermula dari R&R Genting Sempah): -Kampung Janda Baik (lalu sahaja simpang tiga). -Kampung & Pekan Bukit Tinggi. -Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi. -Air Terjun di Selekoh KM ? -Kem-Kem & Resort di tepi jalan -Pondok Waris -Bentong Hotspring & Kolam Air Panas Bentong -Simpang ke Sungai Per...