Posts

Muzium Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang.

Image
Pintu masuk utama bangunan Muzium Sungai Lembing. . Sungai Lembing terletak kira-kira 50 KM dari Bandar Kuantan. Pekan bersejarah ini yang dahulunya terkenal sebagai sebuah Pusat Perlombongan Bijih Timah yang terkenal di dunia menyimpan beribu-ribu kisah. Kisah-kisah tersebut ada tersimpan di Muzium yang wajib dilawati ini. Muzium Sungai Lembing adalah sebuah Muzium yang agak luas, menceritakan tentang sejarah pekan Sungai Lembing sejak dahulu lagi. Bayaran masuk antara RM2 hingga Rm3 dikenakan kepada pengunjung. Muzium ini terletak selepas anda memandu melepasi pekan Sungai Lembing dan masuk ke dalam sedikit. Bangunannya terletak di atas bukit yang tidaklah begitu tinggi. Pintu Pagar masuk ke Halaman Muzium. Kereta parking di luar sini. Kelihatan ada jalan mendaki bukit ke (Muzium) Terowong Sungai Lembing. Sedikit maklumat & sejarah Sungai Lembing di Monumen Tourism Malaysia ini.   Apakah yang terdapat di Muzium Sungai Lembing? - Halaman Muzium yang indah. Terdapat pohon-poho...

Jalan Lama Kuala Klawang (Jelebu), Negeri Sembilan ke Hulu Langat, Selangor

Image
Sebelum tahun 2016 dan ke bawah, Jalan Lama Kuala Klawang ke Hulu Langat (Simpang Peras/Jalan Kampung Sungai Lui) dan sebaliknya merupakan jalan berhantu yang sangat jarang dilalui oleh sesiapapun. Boleh dikatakan sangat sedikit kenderaan melalui jalan yang sangat sunyi dan begitu misteri ini. Jalan ini sangat cantik pemandangannya walaupun ia bengkang bengkok dan berbukit bukau. Disebabkan tidak ada sebarang lokasi pelancongan menarik di sini seperti Air Terjun atau Hutan Lipur yang khusus, maka laluan ini menjadi tidak popular ketika dahulu.   Namun segala berubah, kini jalan ini telah dijadikan sebagai jalan untuk akitiviti berbasikal terutama oleh penduduk dari Kuala Lumpur yang berdekatan seperti dari Cheras dan Ampang. Apakah lokasi atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jalan ini? jawapannya tiada kerana jalan ini sangat sunyi dan dikelilingi oleh hutan bukit. Namun, mungkin juga terdapat beberapa lokasi air terjun kecil atau jeram yang belum diteroka dan sesu...

Aktiviti Pelancongan Ketika PKP 2020/21.

Sejak PKP dilaksanakan pada Mac 2020, industri pelancongan mengalami kerugian yang sangat teruk. Baik hotel, pusat hiburan, pantai, hutan lipur, muzium dan sebagainya mengalami masalah untuk dikunjugi oleh pelanggan. Apabila hendak bernafas sedikit, Industri Pelancongan sekali lagi digertak dengan PKP 2 dan seterusnya PKP 3 yang menyebabkan industri ini terus tenggelam dan semakin lemas.   Namun apakah caranya untuk Orang Ramai menjalankan aktiviti pelancongan di ketika PKP? Adakah mengamalkan konsep Virtual Tourism atau Pelancongan Maya sesuai? Ini disebabkan jika kita hanya menonton atau melihat secara Maya, itu tidak dianggap melancong melainkan kita sendiri berada di sana. Tampahan pula capaian internet yang kurang memuaskan di sesetengah lokasi, mungkin akan menyebabkan aktiviti ini sedikit terganggu. Walaubagaimanapun, itu sahajalah pilihan yang ada setakat ini iaitu secara Maya atau Virtual Tourism. Disebabkan tidak boleh melawat atau berkunjungan, tidak ada apa yang boleh d...

Empangan-Empangan Utama di Negeri Sembilan.

  Kita semua sentiasa inginkan bekalan air bersih sentiasa ada. Tetapi pernahkan kita fikir dari mana datangnya sumber air bersih di rumah kita? Jawapan yang kerap diberikan adalah dari Loji Rawatan Air yang biasa terdapat di sekitar kawasan perumahan atau perkampungan. Tetapi, Loji Rawatan Air sahaja tidak cukup kerana dari mana air mentah hendak dikumpulkan? Jawabnya adalah dengan membina empangan yang menghalang (untuk menakung) aliran sungai bagi mengambil air tersebut. Besar atau kecil saiz empangan adalah berdasarkan kepada saiz dan aliran sungai tersebut.   Antara empangan-empangan yang popular di Negeri Sembilan adalah: - Empangan Ulu Sepri , Rembau yang terletak berdekatan dengan Kem Bina Negara Ulu Sepri.  Kapasiti Maksimum : 339 ribu Meter Padu air. Punca air dari Sungai Batu Hampar. - Empangan Sungai Terip yang terletak di Jalan Pantai ke Jelebu (KM10).  Kapasiti Maksumum: 45 juta Meter Padu air. Punca air dari Sungai Terip, Sungai Lubuk Buaya & Su...

Tanah Aina Fahad, Hulu Dong, Raub, Pahang.

Image
Terletak di hujung kampung Hulu Dong, Raub Pahang iaitu selepas anda melepasi Kawasan Rekreasi Pulau Chekas dan sebelum sampai ke Taman Eko Rimba Lata Jarum. Merupakan kawasan integrasi pelancongan berkonsepkan hutan & sungai. Tetapi disebabkan PKP yang masih berlarutan, pusat ini masih ditutup untuk sementara waktu. Sungai Dong mengalir segar dari Lata Jarum yang terletak tidak jauh dari sini. Pastinya lokasi ini adalah pilihan sesiapa sahaja yang dambakan perlancongan berkonsepkan keindahan alam dan jauh dari kesibukan kota. Harap bersabar sementara menunggu tamatnya PKP. Maklumat lanjut akan dikemaskini.   . Papan Tanda dan Pintu Masuk tetapi masih ditutup. .   . Pandangan dari udara yang indah. Kelihatan Sungai Dong di sebelah kanan. .

Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Image
  Sebuah perkampungan kecil yang terletak di laluan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur. Berada dalam Daerah Bentong dan tidak jauh dari Genting Sempah. Kebiasaannya, orang ramai hanya akan melalui laluan ini dengan kenderaan mereka. Kalau bukan mendaki bukit (dari Bentong), anda akan menuruni bukit (jika dari Kuala Lumpur). Jarang sekali untuk singgah ke sini. Cuma akan kelihatan adalah keindahan pemandangan Kampung Bukit Tinggi dan Perumahan Selesa Hillhomes. Terdapat dua perkampungan di sebelah kanan dan kiri jalan yang anda boleh akses dari kedua-dua arah Lebuhraya. Persimpangan Bukit Tinggi merupakan simpang untuk akses ke sini dan boleh juga untuk melakukan Pusingan-U. . . Apakah yang terdapat di sekitar Kampung Bukit Tinggi? - Kawasan Perumahan (selain daripada Selesa Hillhomes & Golf Club) & Perkampungan kecil. - Sekolah Kebangsaan. - Stesen Minyak BHP - Pusat Pertanian & Penanaman (Kebun). - Balai Polis. - Kedai Makan Best. Banyak kedai masakan cina di sini. Selain it...

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang

Image
Restoran Tanah Aina Fareena merupakan sebuah restoran kategori premium yang lain dari yang lain. Mengapa? -Terletak di tepi lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dimana akses ke restoran ini hanya melalui lebuhraya Karak-KL sahaja. Ianya bukanlah terletak di Kawasan R&R atau Hentian Sebelah, tetapi terletak di tepi Lebuhraya tidak jauh dari Kampung Lentang. Tidak banyak restoran yang berstatus seperti ini. -Boleh diakses melalui kedua-dua arah Lebuhraya. Secara teknikalnya boleh, tetapi kerana tidak ada susur jalan masuk jika dari arah Bentong, anda terpaksa membuat pusingan-U di Hentian Sebelah Lentang. Jika anda menaiki motosikal, mungkin tiada masalah untuk berhenti di tepi jalan (arah ke Kuala Lumpur). Bagaimana Untuk Ke Sini. Jika anda dari Kuala Lumpur/Bukit Tinggi/Genting Sempah, anda perlu memasuki satu simpang untuk ke restoran ini. Simpang tersebut terletak di kiri jalan kira-kira beberapa Kilometer setelah anda melepasi Hentian Sebelah Lentang. Kawasan Parking di Restoran ini san...