Sejarah Pulau Bidong Di Perairan Terengganu

Pengenalan. Terletak berdekatan dengan Pekan Merang di sebelah darat, dan tidak jauh dari Pulau Redang, Terengganu. Pulau Bidong telah menyimpan seribu satu sejarah yang ramai tidak ketahui. Tidak lama dahulu Pulau Bidong telah menempatkan begitu ramai pelarian Vietnam & Kemboja ketika di zaman perang Vietnam pada akhir tahun 1970 an. Peta lokasi Pulau Bidong. . . Jeti ke Pulau Bidong yang sunyi. . Keindahan pantai di Pulau bidong yang sepi . Keindahan pantai pulau ini dari atas bukit kecil. . . Kelihatan perkampungan & rumah tinggal berdekatan pantai . . Sejarah Pada Ogos 1978, kerajaan Malaysia dan UNHCR telah menjadikan pulau ini sebagai tapak peralihan pelarian perang dengan 121 pelarian pertama yang datang. Mereka lari daripada pemerintahan puak komunis di Vietnam. Dikatakan pada satu ketika, hampir 100 ribu pelarian telah menetap di sini dan mewujudkan satu komuniti yang besar di pulau ini. Termasuk juga pelarian Kemboja...