Stesen Keretapi (Utiliti) Tapis Minyak, Port Dickson
Bangunan Stesen Tapis Minyak yang sudah ditutupi oleh semak samun. . Jalan kecil (terus) untuk ke Stesen Tapis Minyak. Stesen Keretapi Tapis Minyak adalah stesen khas untuk persinggahan tren yang membawa minyak diproses dari Loji Penapisan Minyak yang terletak berdekatan. Stesen ini bukan untuk menurunkan penumpang kerana ia adalah stesen utiliti. Terletak berdekatan dengan Loji Penapisan Utama minyak mentah iaitu Shell dan Esso (kini Petron). Stesen Tapis Minyak bersaiz kecil sahaja dengan konsep pembinaan kayu. Tidak dapat dipastikan bila, namun dipercayai stesen ini dibina sekitar era 60an dan 70an apabila Loji Penapisan Minyak Esso dibina diikuti dengan Loji Penapisan Shell. Stesen ini semestinya telah mengalami banyak pengubahsuaian dan naiktaraf sejak ia mula dibina sehinggalah di peringkat akhir pengoperasian. Terdapat lima laluan rel untuk menempatkan Gerabak keretapi termasuklah satu platform. Stesen ini mungkin tidak lagi digunakan sejak tahun 2008 apabila laluan Seremban-Por...