Posts

Jeram Gading Resort, Kampung Kongkol, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan

Image
  Pintu Pagar masuk ke Jeram Gading Resort di sebelah dalam. Laporan lawatan sebelum ini pada tahun 2019 mendapati lokasi ini ditutup kepada orang ramai. Hanya jeram sahaja yang terbuka dan boleh dikunjugi oleh orang awam. Terdapat sebuah lagi kem yang terletak di seberang sungai iaitu Kem Jaggernaut yang turut ditutup. Keadaan kemudahan dan resort juga kelihatan sudah lama ditinggalkan. Baca laporan lama di link ini . Lawatan terbaru pada September 2021 yang lalu mendapati Jeram Gading Resort telah dibaikpulih dan dibuka kepada orang ramai. Selaras dengan perubahan Negeri Sembilan pada Fasa 4, pembukaan resort ini serba sedikit menarik pengunjung untuk datang ke lokasi yang agak terpencil ini. Sejarah Jeram Gading Resort semestinya panjang kerana di lokasi ini terdapat Resort yang lama dan baru. Binaan Resort lama kelihatan ianya telah wujud sejak era 80an lagi sementara Resort baru mungkin dibina sekitar era 90an. Walaupun sudah dibaikpulih, tidak semua kemudahan di Resort ini d...

Kolam Memancing Tasik Damia, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan

Image
Suasana yang aman dan tenang. .   Lokasi Kolam Memancing Tasik Damia hanya di tepi jalan Kuala Klawang - Semenyih. . Terletak berdekatan dengan Kampung Sungai Muntoh, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan. Lokasi kolam memancing ini memang di tepi jalan Kuala Klawang - Semenyih dan tidak jauh dari pekan Titi. Hanya ada sebuah kolam memancing utama di sini dan kolam memancing ini bersaiz sederhana. Suasana di sini masih tenang walaupun terletak bersebelahan jalan raya kerana jalan Kuala Klawang - Semenyih agak lengang. Mungkin Kolam Memancing ini tidaklah begitu popular jika hendak dibandingkan dengan kolam-kolam lain tambahan pula lokasi kolam memancing ini agak jauh dari pekan dan sunyi. Kemudahan asas yang ringkas ada terdapat di sini seperti Tempat Parking, Pondok Memancing, Lampu, Tandas & Surau. Terdapat Pondok Pejabat Pentadbiran & Stor untuk segala urusan dengan pelanggan selain menjadi lokasi rehat. Kemudahan tambahan yang terdapat di sini adalah pentas karaoke atau persem...

Feri Ikonik/Klasik Pulau Pinang Yang Tinggal Kenangan.

Image
Feri klasik Pulau Pinang telahpun berusia atau beroperasi hampir 136 tahun iaitu sejak tahun 1894 yang lalu. Namun pada 31 Disember 2020 yang lalu adalah merupakan hari terakhir perkhidmatan Feri ini beroperasi setelah sejak sekian lama. Perkhidmatan Feri ini bukanlah dihentikan secara menyeluruh, tetapi sebenarnya digantikan dengan jenis Feri yang baru. Sejarah awal Feri tertua di Malaysia ini diusahakan kali pertama pada tahun 1894 oleh syarikat adik beradik Quah Beng Kee sebelum diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1924. Lembagai Pelabuhan Pulau Pinang telah melakukan naik taraf dan meningkatkan kapasiti Feri pada ketika itu. Kemudian pada tahun 1956, dua buah Jeti baru di lokasi seperti yang ada sekarang dibina iaitu Pengkalan Raja Tun Uda di Georgetown dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. Sebelum itu, antara terminal atau laluan penting yang perlu diketahui oleh sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang adalah: -Terminal Feri Butterworth (bersambun...