Hutan Lipur Ulu Licin (Air Terjun Beruas), Beruas, Perak

Pintu masuk selepas anda menempuh perjalanan di jalan sempit Hutan Lipur Ulu Licin terletak di Beruas, Perak. Beruas adalah satu Mukim kecil yang terletak tidak jauh dari Manong, Pantai Remis dan Parit. Terletak lebih kurang 70 KM dari bandar Ipoh, lokasi ini agak terpencil juga. Dikenali juga dengan nama Air Terjun Beruas kerana ianya satu-satunya yang terletak di kawasan ini. Lokasi air terjun ini agak ke dalam juga dimana anda perlu melalui kawasan taman-taman perumahan sebelum menerus perjalanana di laluan sempit untuk memasuki hutan. Jarak Hutan Lipur ini dari Jalan Besar adalah sekitar 7 KM. Apakah yang menarik di sini? Seperti juga Hutan Lipur di tempat lain, Air Terjun Beruas dikatakan mempunyai saiz Air Terjun yang sederhana dan air yang deras juga. Air ini mengalir dari puncak Gunung Bubu yang terletak agak jauh juga dari lokasi ini. Semestinya air yang segar, sejuk dan deras agak menarik untuk bermandi manda. Kemudahan asas yang lengkap disediakan di sini walaup...