Mengembara Menaiki Rumah Bot Di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu

Mengembara dan memancing di rumah bot semestinya mejadi kegemaran kepada kaki pancing pada masa2 cuti panjang. Tasik Kenyir adalah tasik buatan yang luas di mana anda berpeluang untuk mengembara ke banyak lokasi lubuk2 memancing yang menarik. Anda akan mendapat masa tersendiri untuk memancing tanpa gangguan dari kesibukan kota atau bunyi bising jentera2 dan kenderaan2. Terdapat beberapa pintu masukke tasik ini dan dua antaranya ialah di Pengkalan Gawi atau di empangan hidroelektrik Jenagor di Hulu Terengganu.Mungkin terdapat laluan lain tetapi dua ini yang paling popular.Kami berpeluang untuk mengembara menaiki rumah bot melalui Empangan Jenagor. Lihat gambar2 di bawah: Terdapat banyak lokasi2 menarik di sepanjang Tasik Kenyir antaranya adalah pulau2, Gua, hutan lipur dan air terjun. Terdapat hutan lipur yang hanya boleh diakses dengan bot sahaja dan tiada kemudahan jalan raya. Kami berkesempatan melawat ke Air Terjun Sungai Lasir. Tasik Kenyir adalah luas sehingga anda tidak mug...