Posts

Pantai-Pantai Port Dickson Yang Kurang Terkenal, Negeri Sembilan.

Image
Memang ramai yang mengetahui lokasi-lokasi pantai menarik di Port Dickson seperti Teluk Kemang, Batu 4, Pantai Batang Pinang dan lain-lain yang popular. Termasuklah pantai yang dahulu (tahun 90an) tidak begitu dikenali seperti Pantai Tanjung Biru dan Pantai Purnama. Pernah satu ketika dahulu, Pantai Purnama (berdekatan Teluk Kemang) misalnya tidak dikhetahui ramai hinggalah ianya diaiktaraf dan kini menjadi tumpuan utama. Pantai Purnama hanyalah sebuah pantai kecil yang menarik untuk bermandi manda dan berkhelah kerana lokasinya yang agak stratergik. Namun disebabkan ruang yang terhad, pantai ini seringkali penuh dan hanya pengunjung yang datang awal akan mendapat tempat. Pantai-Pantai di bawah ini tidak menjadi tumpuan kerana ada yang tidak sesuai untuk bermandi manda kerana airnya yang berselut atau berlumpur. Tetapi jika untuk aktiviti berkhelah atau bersantai, tiada masalah kerana ruang yang luas masih tersedia. Antara pantai-pantai di Daerah Port Dickson yang kurang terkenal adala...

Pos Kawalan Asahan, Asahan, Melaka

Image
Nama Pos Kawalan seperti nama sebuah Kem atau Pos Pasukan Gerakan Badan Beruniform. Lawatan saya ke sini pada tahun 2021 mendapati, lokasi ini memang juga seperti Kem dan boleh juga digunakan oleh orang awam. Lokasi Pos ini adalah di sebelah kanan, tepi jalan kecil selepas anda memasuki Simpang jalan utama untuk ke Laman Tiga Budaya dan Taman Tema Air. Anda akan jumpa lokasi pos ini dahulu. Salah satu tujuan pos ini adalah untuk pendakian Gunung Ledang melalui trek Asahan selain menjadi tempat latihan am. Kemudahan asas kelihatan terdapat di lokasi ini tetapi agak terhad kerana ianya bergantung kepada tempahan peserta sahaja. Dahulu sebelum kem ini wujud, pendakian dimulakan dari Air Terjun Asahan yang hanya terletak berdekatan dari lokasi ini. Treknya masih sama, cuma permulaan sahaja yang berbeza. Difahamkan untuk mendaki Gunung Ledang dari sini, anda perlu membuat tempahan dan perlu menggunakan khidmat Jurupandu terlatih. Terdapat pejabat di sini untuk sebarang pertanyaan. Pos Kawal...

Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka

Image
  T erletak di lokasi di mana sempadan tiga negeri bertemu iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Mungkin lokasi ini berada di dalam kawasan kampung terpencil satu ketika dahulu ketika saya melawat pada tahun 2005. Tetapi kini terdapat beberapa daya tarikan tambahan yang tedapat di sini.  Antaraya ialah Taman Tema Air Mini (Asahan Water Park), Air Terjun Asahan, ATV Park dan beberapa kawasan rekriasi persendirian yang baru dibuka. Terdapat perkampungan orang asli tidak jauh dari sini tetapi buat masa ini mereka tidak membuka untuk membuat lawatan terbuka. Begitu juga terdapat Pos Asahan yang menjadi lokasi untuk mendaki Gunung Ledang dari Asahan. Lihat galeri-galeri di bawah untuk maklumat lanjut:   Pintu gerbang ke Laman Tiga Budaya dan lokasi lain yang menarik. . Batu sempadan tiga negeri ada di sini iaitu Negeri sembilan, Johor dan Melaka. . Bermaksud, anda dapat jejak ke tiga negeri pada satu-satu masa di sini. . lokasi sebenar batu sempadan ada di sana. . Ada kolam...

Air Terjun Asahan, Jasin, Melaka

Image
Terletak di sempadan antara negeri sembilan, johor dan melaka dalam daerah jasin. Jarak pekan asahan dari sini adalah lebih dari 10KM. tidak jauh dari lokasi air terjun asahan juga terdapat beberapa lagi lokasi menarik yang lain. Kawasan rekriasi ini bukanlah sesuatu yang rasmi atau dibangunkan menjadi hutan lipur. ianya hanyalah kawasan semak samun seperti kem perkhemahan sahaja dengan hampir tiada kemudahan yang disediakan.  apakah yang anda boleh lakukan di sini? Terdapat air terjun dan jeram di sini untuk anda datang bermandi manda sambih berkhemah. kawasan perkhemahan dalam semak samun ini agak luas walaupun bersepah. harus diingat bahawa tiada kemudahan asas terdapat di sini walaupun sebuah tandas. oleh itu, anda harus mencari atau menyediakan kemudahan itu sendiri. jika singgah ke sini, anda juga boleh melawat beberapa tempat menarik yang berdekatan iaitu laman tiga budaya, atv campsite dan mini waterpark. kemudahan di sana adalah lengkap dan lebih menarik. sila lihat galeri...

Gunung Ledang Resort, Sagil, Tangkak, Johor

Image
zaman sekarang atau sejak tahun 2015 lagi, ramai sudah tidak lagi mengenali gunung ledang resort yang dahulu merupakan kawasan yang sangat menarik. di sinilah dimana anda akan mula mendaki gunung ledang atau jika tidak mahu, boleh bermandi manda menikmati air terjun yang menarik.  kewujudan chalet atau resort di sini memang menjadi pilihan untuk pengunjung bermalam. semestinya kawasan ini dahulu adalah sangat meriah dan sentiasa dipenuhi pengunjung yang kebanyakannya mahu mendaki gunung. sejak diwujudkan taman negeri gunung ledang yang terletak tidak jauh dari sini, lokasi ini menjadi suram dan hanya dikunjungi oleh pengunjung tertentu sahaja. walaupun taman negeri menyediakan kemudahan resort yang lengkap, namun masih tidak dapat menandingi keadaan air terjun di gunung ledang resort ini. namun begitu, lawatan yang dilakukan agak mengecewakan kerana ia ditutup kepada orang ramai. sila lihat galeri-galeri di bawah ini; Papan Tanda pintu masuk dari Jalan Besar. Arah sana dari Segamat...