Posts

Hutan Rekriasi Bukit Langsat, Selandar, Jasin, Melaka

Image
Salah satu Hutan Rekreasi kecil yang tidak terkenal dan terdapat dalam daerah Jasin adalah di sini. Hutan Rekriasi Bukit Langsat memang agak terpencil dan jauh dari perkampungan atau kawasan perumahan.  Terletak di Jalan Bukit Langsat iaitu laluan antara Pekan Asahan ke Pekan Selandar, Hutan Lipur ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Batu Lebah. Lokasi ini malah tidak langsung di tanda dalam google maps. apakah yang menarik di sini. kalau dilihat, lokasi ini sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dengan meneroka melalui denai hutan. terdapat laluan khas pejalan kaki disediakan untuk menikmati suasana alam semulajadi. berapa jauh dan bagaimana keadaan denainya belum sempat untuk diterokai pada lawatan kali ini. sila lihat galeri-galeri di bawah. . Papan tanda buruk yang masih ada. . terletak di tepi jalan besar dan ada kawasan parking yang luas. . terdapat kemudahan tandas dan stor kecil. . pondok rehat yang dibina oleh orang asli di sini. . laluan keluar masuk ke denai...

Kemusnahan Hutan ipur Jeram Toi, Jalan Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan.

Image
Hutan Lipur Jeram Toi pernah dilaporkan lawatan dalam Laman Web ini satu ketika dahulu. Namun, akibat Kepala Air yang melanda pada penghujung tahun 2021 yang lalu, hutan lipur ini telah mengalami kemusnahan yang sangat teruk. malah, hampir segalanya telah lenyap. sila lihat geleri-galeri di bawah ini. . . . . . . .

Makam Tuan Tulis, Terachi, Kuala Pilah

Image
Makan bersejarah ini terletak berdekatan dengan pekan kecil Terachi, Jalan Ulu Bendul ke Kuala Pilah. Namun, anda perlu masuk ke simpang menuju ke Kampung Talang, sebelum menemui sebuah Masjid. Dalam kawasan masjid tersebut terletaknya makam ini. Sila lihat galeri-galeri dibawah. . Penerangan ringkas berkenaan dengan lokasi bersejarah makam ini. . . . . . . Masjid dimana terletaknya Makam Tuan Tulis di dalamnya. .

Muzium Naning, Muzium Alor Gajah & Muzium Jasin Di Melaka

Image
*Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga Muzium ini telah ditutup sejak tahun 2022 yang lalu. Malah, ada yang menyatakan ia telah ditutup sejak PKP lagi.  Muzium Naning, Jalan Alor Gajah, Melaka Dikenali juga dengan nama Muzium Warisan dan Sejarah Naning. Lokasi Muzium ini agak tersuruk sedikit walaupun ianya hanya terletak di tepi jalan sahaja. Ia terletak berdekatan simpang empat lampu isyarat menuju ke A Famosa Resort. Pintu masuk Muzium Naning yang ditutup rapat sejak sekian lama. . . . . . Pintu masuk bangunan utama yang sunyi sepi. . . .     Muzium Pertanian atau Muzium Jasin, Pekan Jasin Melaka. Muzium ini kelihatan tidak lagi terjaga, hasil tinjauan pada tahun 2022 yang lalu. Ia masih lagi ditutup dan terbiar sepi. . . . Pintu masuk Muzium yang tertutup begitu rapat sekali. .

Lokomotif Lama Tampin, Negeri Sembilan

Image
Bekas Lokomotif kelas 23 ini terletak berdekatan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Dahulu, ia adalah milik Keretapi Tanah Melayu dan telah berjasa sebelum sampai usia persaraannya. Ianya berdiri megah di satu lokasi tepi jalan berdekatan Stadium, walaupun kita tidak mengetahui apakah sebabnya ia diletakkan di situ. Apakah sebab ia tidak diletakkan berdekatan Stesen Keretapi Bersejarah Tampin, itu saya sendiri pun tidak tahu.  Untuk makluman anda, Lokomotif ini telah lenyap pada awal 2023 yang lalu kerana dibawa lari ke Gemas. Ia telah diletakkan kesunyian di Stesen Keretapi Lama Gemas dan bersemadi di sana tanpa sebab yang munasabah. . Lokomotif (Tampin) kelas 23 dengan nama Limau Kasturi berdiri megah di sini. . . Ramai yang datang ke sini untuk bergambar dengan Loko ini walaupun mereka tidak tahu apakah sebenarnya ia. . Tidak ada secebis papan tanda penerangan pun yang diletakkan di sini. . Limau Kasturi adalah nama pekan kecil di daerah Gua Musang, Kelantan. . .   Bahag...

Kolam Pancing Along & Afiq, Jelebu, Negeri Sembilan.

Image
Kolam Pancing Along & Afiq ini terletak di tepi jalan antara Seremban (Paroi) - Pekan Kuala Klawang. Ia telah dibuka pada Feb 2022 tetapi pada 2023 kelihatan sudah ditutup. Tidak dapat dipastikan apakah sebabnya ia ditutup. Ketika beroperasi, Kolam Pancing ini menawarkan perkhidmatan memancing ikan kolam dengan kadar bayaran antara 10 ke 30 ringgit kepada pelanggan. Sila lihat geleri-galeri di bawah: . Baru dibuka pada Feb 2022 yang lalu. . Suasana kolam yang tenang dan ada kemudahan yang disediakan. . Hanya terletak di tepai jalan antara Seremban (Paroi) - Kuala Klawang. Sangat mudah diakses. . . Mengapakah kolam ini ditutup pada tahun 2023? .

Bukit Chin Chin, Genting Highland, Sempadan Pahang/Selangor.

Image
Papan Tanda di Pagar Masuk ke Bukit Chin Chin. . Nama Bukit Chin Chin mungkin ada banyak lokasinya di Malaysia. Tetapi Bukit Chin Chin di sini adalah terletak di Genting Highland, Pahang. Lebih tepat lagi lokasinya di sempadan daerah Bentong, Pahang dan Selangor. Bukit Chin Chin sebenarnya adalah Kawasan Larangan dan tidak dibenarkan masuk kepada orang awam. Namun ada kalanya pada waktu-waktu tertentu orang awam dibenarkan masuk sekejap untuk beriadah. Lokasi ini mudah di akses dari Genting Highland dan terletak berdekatan dengan Hostel pekerja. Pagar masuk ke Bukit Chin Chin. . Jalan permulaan menuju ke Bukit Chin Chin. . Perjalanan dari pagar masuk (Gate) hingga ke hujung melebihi 1 KM. . Apakah yang terdapat di Bukit Chin Chin? Bukit Chin Chin agak luas kawasannya dimana jarak (jalan raya) dari pintu pagar masuk hingga ke hujung iaitu Stesen Radar adalah melebihi 1 KM. Sepanjang laluan, terdapat menara pemancar Telekom, Maxis, pemancar Television dan beberapa lagi. Hujung sekali sem...