Posts

Taman Tema Luar Genting Highland (Genting Outdoor Theme Park - Skyworlds)

Image
Pengenalan Genting Highland sememangnya terkenal dengan kehebatan Taman Tema Luar suatu ketika dahulu sejak tahun 90an lagi (malah 80an). Sebelum kewujudan Taman Tema Sunway Lagoon dan Berjaya Times Square, Teman Tema Genting telah menjadi kunjungan wajib bagi peminat taman tema. Kini semakin banyak Taman Tema besar yang wujud seperti Legoland. Sekiranya anda generasi berusia 30an atau 40an, semestinya Taman Tema Genting telah menyimpan banyak memori zaman kanak2 dahulu. Di bawah sana adalah Arena Of Stars. Taman Tema Luar terletak tidak jauh dari sini. Taman Tema Luar Genting Highland dapat dilihat dengan jelas dari Awana Cable Car. Ketika menuju ke Kompleks SkyAvenue Apakah Yang Berlaku Sekarang? Benar, Taman Tema Luar telah dirobohkan pada tahun 2013 bagi memberi laluan untuk pembinaan taman tema yang baharu dan moden. Maklumlah, Taman Tema ini telah beroperasi sejak awal 90an, sudah pasti peralatan dan jentera sudah usang dan ketinggalan zaman. Ia perlu diganti kerana jangka hayatn...

Restoran Terapung & Fort Supai, Kuala Linggi, Melaka

Image
Restoran terapung ini terletak di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah, Melaka. Lokasi sempadan antara Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Melaka (Alor Gajah). Tidak jauh dari restoran terapung ini, terdapat sebuah kota lama bersejarah yang terletak di atas bukit berdekatan. Dikenali juga sebagai Fort Supai. Sila lihat galeri2 di bawah: Restoran Terapung. Kota Bukit Supai (Fort Supai) Kuala Linggi.

Kawasan Rekriasi Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang

Image
Hentian Rekriasi Sungai Yu, Kampung Sungai Yu, Jalan Kuala Lipis - Gua Musang, Pahang Pengenalan. Mungkin bukanlah sebuah Kawasan Rekriasi yang popular, tetapi suatu ketika dahulu ianya pernah menjadi persinggahan pengunjung terutama pada musim perayaan. Terletak di tepi jalan antara Kuala Lipis ke Gua Musang, Kawasan Rekriasi Sungai Yu kini sudah semakin sunyi sepi dan tidak lagi menjadi pilihan pengunjung. Kunjungan pada Jan 2020 yang lalu melihatkan kawasan ini sudah tidak lagi dijaga dan ditinggalkan. Mungkin sejak terbinanya jalan baru (Highway) dari Kuala Lipis ke Merapoh (sejak 2013), populariti Kawasan Rekriasi ini semakin suram kerana tidak ramai pengunjung akan memilih untuk singgah berhenti seperti dahulu. Walaupun masih terdapat simpang khas untuk ke sini, pemandu kelihatan lebih gemar meneruskan perjalanan kerana mungkin agak leceh untuk masuk ke sini.  Sebelum jalan baru di bina, laluan jalan lama (Merapoh - Kecau atau dikenali juga laluan Bukit Tujuh) adala...