Posts

Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu

Image
Bangunan Muzium yang terletak di pekan Jelebu berdekatan dengan simpang 4 lampu isyarat. Merupakan muzium terpencil kerana kedudukannya di pekan yang jauh dari Bandar iaitu 50KM dari bandar Seremban, muzium ini sebenarnya ada mengandungi koleksi pameran yang menarik. Tambahan pula ia adalah empat tingkat, banyak koleksi pameran dan galeri yang dipaparkan terutama berkaitan dengan adat dan budaya. Penerangan juga menjurus kepada adat seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak), dan Negeri Sembilan khususnya. Muzium ini diuruskan oleh Jabatan Muzium Malaysia dan bukan oleh Jabatan Muzium Negeri. Waktu Melawat Selamat Datang Terdapat empat Galeri utama berdasarkan empat aras iaitu Galeri Pengenalan Adat, Galeri Kitaran Hidup, Galeri Intelektual, Tradisi & Pemerintahan dan Galeri Adat Perpatih. Terdapat lif dan tangga yang menghubungkan setiap aras. Kemudahan2 yang terdapat di muzium ini termasuklah tandas, tempat parking, perpustakaan mini, sur...

Kampung JKin Resort, Bukit Putus, Seremban

Image
Kain Rentang & Banner JKin Resort di tepi Jalan Bukit Putus Pintu Masuk JKin Resort & Cafe Kampung JKin Resort adalah resort berkonsepkan alam semulajadi yang terletak berdekatan dengan hutan simpan Angsi. Terletak di tepi jalan Bukit Putus, jaraknya dari Bandar Seremban sekitar 12KM. Resort berbukit-bukit ini mengandungi banyak chalet dan pondok penginapan yang dibina menggunakan konsep tradisional. Resort ini sudah terkenal di kalangan penduduk Seremban dan menjadi tempat mereka melakukan aktiviti seperti Flying Fox, ATV Ride dan bersantai. Banyak sekolah2 dan syarikat2 menjadikan resort ini sebagai tempat menjalankan aktiviti Team Building dan Kem Motivasi. Tetapi resort ini kurang dikunjungi oleh pelancong asing kerana mungkin kemudahan yang disediakan lebih menjurus kepada pelacong tempatan. Makanan yang disedikan adalah makanan tradisional Malaysia dan bukan makanan barat. Mungkin pada masa akan datang akan ada le b ih b anyak kemudahan. Cafe...