Air Terjun Asahan, Jasin, Melaka

Terletak di sempadan antara negeri sembilan, johor dan melaka dalam daerah jasin. Jarak pekan asahan dari sini adalah lebih dari 10KM. tidak jauh dari lokasi air terjun asahan juga terdapat beberapa lagi lokasi menarik yang lain. Kawasan rekriasi ini bukanlah sesuatu yang rasmi atau dibangunkan menjadi hutan lipur. ianya hanyalah kawasan semak samun seperti kem perkhemahan sahaja dengan hampir tiada kemudahan yang disediakan. apakah yang anda boleh lakukan di sini? Terdapat air terjun dan jeram di sini untuk anda datang bermandi manda sambih berkhemah. kawasan perkhemahan dalam semak samun ini agak luas walaupun bersepah. harus diingat bahawa tiada kemudahan asas terdapat di sini walaupun sebuah tandas. oleh itu, anda harus mencari atau menyediakan kemudahan itu sendiri. jika singgah ke sini, anda juga boleh melawat beberapa tempat menarik yang berdekatan iaitu laman tiga budaya, atv campsite dan mini waterpark. kemudahan di sana adalah lengkap dan lebih menarik. sila lihat galeri...