Pos Kawalan Asahan, Asahan, Melaka

Nama Pos Kawalan seperti nama sebuah Kem atau Pos Pasukan Gerakan Badan Beruniform. Lawatan saya ke sini pada tahun 2021 mendapati, lokasi ini memang juga seperti Kem dan boleh juga digunakan oleh orang awam. Lokasi Pos ini adalah di sebelah kanan, tepi jalan kecil selepas anda memasuki Simpang jalan utama untuk ke Laman Tiga Budaya dan Taman Tema Air. Anda akan jumpa lokasi pos ini dahulu. Salah satu tujuan pos ini adalah untuk pendakian Gunung Ledang melalui trek Asahan selain menjadi tempat latihan am. Kemudahan asas kelihatan terdapat di lokasi ini tetapi agak terhad kerana ianya bergantung kepada tempahan peserta sahaja. Dahulu sebelum kem ini wujud, pendakian dimulakan dari Air Terjun Asahan yang hanya terletak berdekatan dari lokasi ini. Treknya masih sama, cuma permulaan sahaja yang berbeza. Difahamkan untuk mendaki Gunung Ledang dari sini, anda perlu membuat tempahan dan perlu menggunakan khidmat Jurupandu terlatih. Terdapat pejabat di sini untuk sebarang pertanyaan. Pos Kawal...