Posts

Showing posts from 2025

Pos Kawalan Asahan, Asahan, Melaka

Image
Nama Pos Kawalan seperti nama sebuah Kem atau Pos Pasukan Gerakan Badan Beruniform. Lawatan saya ke sini pada tahun 2021 mendapati, lokasi ini memang juga seperti Kem dan boleh juga digunakan oleh orang awam. Lokasi Pos ini adalah di sebelah kanan, tepi jalan kecil selepas anda memasuki Simpang jalan utama untuk ke Laman Tiga Budaya dan Taman Tema Air. Anda akan jumpa lokasi pos ini dahulu. Salah satu tujuan pos ini adalah untuk pendakian Gunung Ledang melalui trek Asahan selain menjadi tempat latihan am. Kemudahan asas kelihatan terdapat di lokasi ini tetapi agak terhad kerana ianya bergantung kepada tempahan peserta sahaja. Dahulu sebelum kem ini wujud, pendakian dimulakan dari Air Terjun Asahan yang hanya terletak berdekatan dari lokasi ini. Treknya masih sama, cuma permulaan sahaja yang berbeza. Difahamkan untuk mendaki Gunung Ledang dari sini, anda perlu membuat tempahan dan perlu menggunakan khidmat Jurupandu terlatih. Terdapat pejabat di sini untuk sebarang pertanyaan. Pos Kawal...

Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka

Image
  T erletak di lokasi di mana sempadan tiga negeri bertemu iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Mungkin lokasi ini berada di dalam kawasan kampung terpencil satu ketika dahulu ketika saya melawat pada tahun 2005. Tetapi kini terdapat beberapa daya tarikan tambahan yang tedapat di sini.  Antaraya ialah Taman Tema Air Mini (Asahan Water Park), Air Terjun Asahan, ATV Park dan beberapa kawasan rekriasi persendirian yang baru dibuka. Terdapat perkampungan orang asli tidak jauh dari sini tetapi buat masa ini mereka tidak membuka untuk membuat lawatan terbuka. Begitu juga terdapat Pos Asahan yang menjadi lokasi untuk mendaki Gunung Ledang dari Asahan. Lihat galeri-galeri di bawah untuk maklumat lanjut:   Pintu gerbang ke Laman Tiga Budaya dan lokasi lain yang menarik. . Batu sempadan tiga negeri ada di sini iaitu Negeri sembilan, Johor dan Melaka. . Bermaksud, anda dapat jejak ke tiga negeri pada satu-satu masa di sini. . lokasi sebenar batu sempadan ada di sana. . Ada kolam...